Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 22, 2021 | 05:30 AM



Sultan Ibrahim hargai sumbangan masyarakat Cina di Johor



JOHOR BAHRU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Johor menghargai peranan serta penglibatan masyarakat Cina ketika pembukaan dan pembangunan negeri ini sejak awal zaman Kesultanan Johor pada abad ke-16.



Dalam satu wawancara khas sempena sambutan Tahun Baru Cina,di samping menggambarkan masyarakat Cina sebagai antara 'tiang ekonomi Johor', Sultan Johor berkata sumbangan mereka yang luar biasa perlu turut diiktiraf.



Mengimbas sejarah, Sultan Johor berkata masyarakat Cina diundang ke Johor sebagai 'tetamu' pada zaman nenek moyang baginda bagi bersama-sama membantu mengembangkan negeri dan bukannya dilihat sebagai 'pendatang'.



"Nenek moyang saya mempunyai pandangan jauh untuk menjalin hubungan yang unik dengan masyarakat Cina. Mereka bukan 'pendatang'. Mereka dijemput ke Johor untuk membuka tanah dan mengusahakan ladang. Mereka adalah bangsa Johor sama seperti orang Melayu, orang India dan lain-lain... semuanya orang Malaysia," jelasnya lagi. - The Star




Serpihan enjin pesawat jatuh di perumahan di AS



DENVER: Serpihan besar daripada enjin pesawat, yang terbakar, jatuh di satu kawasan kejiranan di Colorado, Amerika Syarikat.



Pesawat United Airlines itu dilaporkan mengalami masalah enjin sebelum terpaksa berpatah balik ke lapangan terbang di bandar berkenaan. Pesawat itu dalam perjalanan menuju ke Hawaii.



Penduduk di Broomfield, pinggir bandar Denver. Encik Kirby Klements yang melihat serpihan itu di laman rumahnya berkata 'kejadian itu mengejutkan'.



"Ia 'mendarat' di atas trak saya sebelum terjatuh ke tanah," katanya sambil menambah serpihan berasingan menyebabkan lubang di bumbung rumah jirannya.



Dalam pada itu, United Airlines berkata kejadian itu tidak menyebabkan kecederaan terhadap penumpang pesawat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >