Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



Mangsa gempa Christchurch 10 tahun lalu diingati



WELLINGTON: Ratusan orang menghadiri majlis terbuka di Christchurch bagi mengingati 185 orang yang terbunuh dalam satu gempa bumi di Christchurch 10 tahun lalu.



Perdana Menteri Jacinda Ardern berkata adalah amat penting untuk mengingati kejadian itu kerana 87 daripada mangsa merupakan warga asing dan kebanyakan ahli keluarga mereka tidak boleh hadir disebabkan sekatan perjalanan virus ketika ini.



"Bendera kami dinaikkan pada separuh ketinggian hari ini untuk mengingati mereka yang terkorban," ujarnya.



Datuk bandar Christchurch Lianne Dalziel mengingati keluarga Jepun yang beliau temui tahun lepas dan berkata bahawa mereka sering berada dalam ingatannya.



"Selepas 10 tahun kemudian, ramai masih hidup dalam bayangan gempa," kata Cik Ardern semasa berucap di majlis itu.



"Akan tetapi sedang kita melihat pada masa hadapan, saya harap akan wujud harapan, dorongan serta rasa optimis. Dan saya juga melihat yang Christchurch mula mengambil tempatnya semula sebagai bandar New Zealand yang ceria," katanya. - Agensi berita.




Britain mahu siasat dakwaan penderaan di Xinjiang



LONDON: Britain akan meminta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk diberi akses ke Xinjiang bagi menyiasat laporan penderaan di bandar China.



Setiausaha Luar Negara Britain Dominic Raab merujuk pada laporan penderaan di Xinjiang, termasuk penyeksaan, kerja paksa dan pensterilan wanita secara paksa.



"Ia berlaku pada skala besar. Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Hak Asasi Manusia atau pakar mencari fakta bebas yang lain, mesti, dan saya ulangi mesti, - diberi akses segera ke Xinjiang," katanya.



China dikecam secara meluas kerana mendirikan kompleks di Xinjiang yang digambarkan oleh Beijing sebagai "pusat latihan vokasional" untuk membasmi ekstremisme dan memberi orang kemahiran baru. Pengkritik China bagaimanapun menggelarkan mereka sebagai "kubu penderaan". - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >