Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Feb 23, 2021 | 05:30 AM



China sedia perbaiki hubungan dengan Amerika



BEIJING: Diplomat kanan China, Encik Wang Yi menyatakan bahawa Amerika Syarikat dan China boleh bekerjasama dalam isu seperti perubahan iklim dan wabak koronavirus jika mereka memperbaiki hubungan dua hala yang rosak.



Encik Wang, yang juga Menteri Luar Negara, berkata Beijing bersedia membuka semula dialog membina bersama Washington.



Ini menyusuli hubungan kedua-dua negara yang terjejas di bawah pimpinan mantan presiden Amerika, Encik Donald Trump.



Encik Wang meminta Washington menghapuskan tarif ke atas barangan dan meninggalkan apa yang disifatkan sebagai penindasan tidak rasional terhadap sektor teknologi China, langkah yang dikatakannya akan mewujudkan "syarat yang diperlukan" untuk kerjasama.



"Kami berharap Amerika akan dapat menyesuaikan dasar secepat mungkin, antara lain, menghapuskan tarif yang tidak masuk akal terhadap barangan China, melonggarkan sekatan sepihak kepada syarikat dan institusi penyelidikan dan pendidikan China, serta meninggalkan penindasan yang tidak rasional terhadap kemajuan teknologi China, sehingga mewujudkan syarat yang diperlukan untuk kerjasama antara China dengan Amerika," kata Encik Wang. - Reuters.




Australia enggan ubah undang-undang usulan Google dan Facebook



SYDNEY: Australia tidak akan mengubah undang-undang yang bakal membuat Google dan Facebook di bawah syarikat Alphabet Inc membayar bagi menggunakan kandungan berita, kata seorang ahli politik kanan semalam, walaupun terdapat tentangan keras dari firma Big Tech.



Facebook membantah undang-undang tersebut dan minggu lalu secara tiba-tiba menyekat semua kandungan berita dan beberapa akaun pemerintah negara itu serta jabatan kecemasan.



Firma gergasi media sosial itu dan pemimpin Australia terus berbincang mengenai perubahan itu pada hujung minggu lalu.



Namun dengan rang undang-undang tersebut dijadual dibahaskan di Senat pada Isnin, ahli politik kanan Australia berkata tiada pindaan selanjutnya. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >