Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Mar 04, 2021 | 05:30 AM



Lebih banyak hospital swasta M'sia jadi pusat vaksinasi



KUALA LUMPUR: Lebih banyak hospital swasta akan terbabit sebagai pusat vaksinasi bagi fasa kedua dan ketiga Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK).



Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Encik Khairy Jamaluddin, berkata sebaik saja perkara itu dilakukan, sasaran memberi 75,000 ke 150,000 suntikan sehari mampu dicapai.



"Hospital swasta sebagai contoh, Hospital Pantai sudah digunakan sebagai pusat vaksinasi untuk petugas kesihatan swasta fasa pertama.



"Kami akan memasukkan lebih banyak hospital swasta untuk fasa kedua dan ketiga seperti yang pernah saya umumkan sebelum ini," katanya menerusi ciapan di akaun Twitter rasminya, semalam.



Seramai 53,287 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi Covid-19 Malaysia telah menerima suntikan sehingga kelmarin.



Encik Khairy berkata daripada jumlah itu, Sarawak merekodkan jumlah paling tinggi menerima suntikan dos pertama melibatkan seramai 9,737 penerima.



Katanya, negeri kedua tertinggi pula ialah Perak dengan jumlah keseluruhan suntikan sebanyak 5,714; diikuti Pahang seramai 5,696 dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dengan jumlah seramai 5,601 orang. - Agensi berita.




Denda RM10,000 jika 'potong jalan' nak suntik vaksin awal



PUTRAJAYA: Individu yang didapati memotong barisan untuk menjadi penerima awal suntikan vaksin Covid-19 boleh dikenakan denda sehingga RM10,000 ($3,280) atau penjara tidak melebihi tujuh tahun.



Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata tindakan boleh diambil dengan arahan Ketua Pengarah Kesihatan di bawah Seksyen 21A - Arahan Ketua Pengarah. yang berkuat kuasa mulai 11 Mac ini.



"Peruntukan baru ini adalah sebagai punca kuasa untuk mengenakan penalti di bawah Akta 342 bagi mana-mana kesalahan yang tidak dinyatakan di dalamnya.



"Peraturan di bawah subseksyen ini kita boleh menetapkan apa-apa perbuatan yang melanggar peraturan untuk menjadi suatu kesalahan dan boleh dikenakan penalti denda," katanya.



Bagaimanapun, Dr Adham berkata setakat ini Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menerima sebarang laporan berhubung tindakan memotong barisan.



Katanya, perkara itu hanya mendasarkan khabar angin atau dakwaan sahaja.



Sebelum ini, tular mesej di media sosial mendakwa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba memotong barisan untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin Covid-19.



Bagaimanapun, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Khairy Jamaluddin memberi jaminan isu berkenaan tidak akan timbul setelah kerajaan mewujudkan Garis Panduan Penetapan Senarai Barisan Petugas Hadapan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >