Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Mar 09, 2021 | 05:30 AM



Putera Harry kecewa dengan bapanya, Putera Charles



NEW YORK: Putera Harry kelmarin menyatakan beliau benar-benar kecewa dengan bapanya semasa membicarakan mengenai pengunduran dirinya dan isteri, Meghan Markle, daripada keluarga diraja Britain selepas Meghan menerima layanan kasar daripada media dan kurangnya sokongan daripada keluarga diraja.



Ketika ditemu bual selebriti, Oprah Winfrey, dalam program temu bual CBS selama dua jam kelmarin, Oprah bertanyakan Harry bagaimana hubungannya dengan Putera Charles sejak mereka berpindah ke Amerika Syarikat.



"Ada banyak yang perlu diselesaikan... saya berasa sangat kecewa, kerana beliau pernah mengalami perkara hampir serupa, beliau tahu bagaimana rasanya," kata Harry penuh emosi.



Katanya, Charles selaku pewaris takhta dan abangnya, Putera William terperangkap dengan peraturan monarki, tetapi berjanji akan menyayangi bapanya. - AFP.




Jutawan Perancis maut dalam nahas helikopter



PARIS: Jutawan Perancis, Encik Olivier Dassault yang juga ahli politik daripada keluarga pengeluar pesawat Dassault terbunuh dalam nahas helikopter, kelmarin.



Mendiang Dassault meninggal dunia sekitar jam 6 petang (1700 GMT) apabila helikopternya terhempas berdekatan Deauville di utara Perancis, menurut sumber Parlimen dan siasatan kepada AFP.



Presiden Perancis, Encik Emmanuel Macron dengan segera memberi penghormatan kepada Ahli Parlimen berusia 69 tahun itu, dengan mengatakan menerusi Twitternya bahawa Encik Dassault tidak pernah berhenti berkhidmat untuk negara.



Encik Macron menyifatkan kematian Dassault sebagai satu kerugian besar kepada negara dan mengucapkan takziah kepada keluarga Dassault. - AFP.




Letupan di kem tentera Equatorial Guinea, 20 maut



MALABO: Sekurang-kurangnya 20 orang terbunuh, manakala 600 lagi cedera selepas satu siri letupan kuat melanda kem tentera di Equatorial Guinea, kata Presiden Teodoro Obiang Nguema sambil mendakwa ia disebabkan kecuaian tentera.



Saluran TVGE menyiarkan rakaman bangunan hancur dan terbakar selepas empat letupan itu merosakkan kem Nkoa Ntoma di ibu negara ekonomi Bata dan kawasan sekitarnya.



Mangsa termasuk kanak-kanak dilihat ditarik keluar dari runtuhan sementara mereka yang cedera terbaring di lantai hospital.



Letupan disebabkan kecuaian unit yang bertugas menyimpan bahan letupan, dinamit dan peluru," kata Obiang Nguema dalam satu kenyataan di televisyen setempat. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >