Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Apr 15, 2021 | 05:30 AM



Biden hantar wakil khas ke Taiwan



WASHINGTON: Mantan senator Amerika Encik Chris Dodd dan mantan timbalan setiausaha negara Encik Richard Armitage dan Encik James Steinberg berlepas ke Taiwan kelmarin atas permintaan Presiden Joe Biden, dalam apa yang disebut oleh seorang pegawai Rumah Putih sebagai "isyarat peribadi" atas komitmen presiden kepada kepulauan yang dituntut China dan demokrasinya itu.



Seorang pegawai kanan pentadbiran Encik Biden ditukil sebagai memberitahu agensi berita Reuters, pengerahan delegasi "tidak rasmi" itu dibuat sedang Amerika dan Taiwan meraikan ulang tahun ke-42 Akta Hubungan Taiwan, di mana Encik Biden telah mengundi untuknya semasa menjadi senator. - Reuters.




Ribut dalam DAP soal 'kecinaan', pendekatan bilang kaum



KUALA LUMPUR: Setiausaha Organisasi Kebangsaan Parti Tindakan Demokratik (DAP), Encik Anthony Loke kelmarin tidak menolak kemungkinan wujud usaha untuk menyingkirkan pemimpin parti itu yang ingin mengetengahkan agenda DAP sebagai parti berbilang kaum dalam pemilihan parti akan datang, lapor Malaysiakini.



Hal ini susulan kenyataan ahli jawatankuasa pusat parti itu, Encik Ronnie Liu, yang menegaskan DAP tidak perlu "mencairkan kecinaannya" untuk menarik sokongan Melayu.



Kenyataan itu turut dikritik pemimpin DAP lain, antaranya, Anggota Parlimen Damansara, Encik Tony Pua, dan Ahli Parlimen Segambut, Cik Hannah Yeoh .



Pemilihan DAP pada Jun ini dijangka menyaksikan, Encik Lim Guan Eng, yang berada pada penggal terakhirnya sebagai setiausaha agung parti melepaskan jawatannya kerana menurut perlembagaan parti, tempoh jawatan terbabit hanya boleh dipegang selama tiga penggal. Lim telah menggalasnya sejak 2004.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >