Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jun 01, 2021 | 05:30 AM



Boris Johnson gesa persetujuan G7 untuk 'pasport' Covid-19



MONTREAL: Perdana Menteri Britain, Encik Boris Johnson, mahu sidang kemuncak G7 mencapai persetujuan mengenai pasport vaksin Covid-19.



Beliau berkata usaha itu akan membuka rundingan mengenai 'perjanjian sejagat' sebagai persiapan masa depan bagi menghadapi pandemik.



"Kita perlu mempunyai perjanjian mengenai isu seperti pasport vaksin, sijil status Covid-19 dan lain-lain.



"Perlu ada kerjasama selepas ini, pada peringkat G7, ia bermula dengan bagaimana perjalanan dan pengenalan pasport dapat dilaksanakan," katanya dalam wawancara disiarkan saluran CBC Canada. - AFP.




India lanjutkan sekatan pergerakan di New Delhi hingga 7 Jun



NEW DELHI: Sekatan pergerakan Covid-19 di ibu kota India, New Delhi, yang berakhir semalam dilanjutkan selama seminggu lagi hingga 7 Jun ini.



Namun, sekatan itu dilonggarkan bagi dua sektor utama iaitu perkilangan dan pembinaan, kata pemerintah negara itu.



"Syarikat yang menyambung semula perniagaan mereka perlu mematuhi langkah keselamatan Covid-19 dan syif pekerjaan yang berbeza.



"Pekerja di tempat ini akan diuji secara rambang untuk Covid-19 oleh pihak berkuasa," katanya. - Agensi berita.




Israel, Mesir runding 'gencatan senjata kekal' di Gaza



KAHIRAH: Pegawai Israel dan Mesir berunding bagi memperkasa gencatan senjata yang dipelopori Mesir bagi mengakhiri konflik antara Israel dengan pejuang Hamas di Gaza.



Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, kelmarin bertemu dengan Ketua Perisikan Mesir, Encik Abbas Kamel, di Tebing Barat, untuk membincangkan usaha 'memperkukuh kerjasama' antara mereka, kata pejabat Encik Netanyahu.



Presiden Mesir, Encik Abdel Fattah al-Sisi, menugaskan Encik Kamel dan delegasinya mengunjungi wilayah Palestin bagi merundingkan perjanjian gencatan senjata kekal, menurut pegawai kanan keselamatan Mesir.



Pada hari sama, Menteri Luar Israel, Encik Gabi Ashkenazi, membuat lawatan rasmi pertama diplomat tertinggi Israel ke Mesir sejak 13 tahun lalu, untuk berbincang dengan rakan sejawatnya, Encik Sameh Shoukry. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >