Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jun 02, 2021 | 05:30 AM



Sekolah di Myanmar dibuka semula; guru, pelajar terus protes



YANGON: Sekolah di Myanmar dibuka semalam buat kali pertama sejak tentera merampas kuasa, namun guru dan pelajar bersedia melawan arahan junta bagi pembukaan penuh untuk menunjukkan penentangan mereka.



Guru sekolah pemerintah, yang mengenakan seragam hijau dan putih seperti ditetapkan kementerian pendidikan, memainkan peranan besar dalam protes besar-besaran di peringkat awal, bersama pekerja kereta api, doktor dan penjawat awam di jalanan.



Junta menegaskan sekolah dibuka selepas setahun ditutup disebabkan Covid-19, namun ramai pendidik memutuskan tidak mahu kembali ke pekerjaan yang disukai mereka.



"Saya tidak takut dengan penahanan dan penyeksaan mereka. Saya takut menjadi seorang guru yang mengajar pelajar mengenai propaganda," kata seorang guru di ibu kota komersial Yangon. - AFP.




Kes Covid-19 serata dunia kini lebihi 171j



JAKARTA: Jumlah keseluruhan kes Covid-19 di seluruh dunia telah melebihi 171 juta kes termasuk lebih 3.56 juta kematian, dengan hampir 500,000 jangkitan baru dikesan dalam tempoh 24 jam lalu.



Data terbaru Universiti Johns Hopkins menunjukkan Amerika Syarikat kekal negara paling teruk terjejas dengan lebih 34 juta kes jangkitan termasuk hampir 610,000 kematian.



Ini diikuti India dengan lebih 28 juta kes dan Brazil dengan lebih 16.5 juta kes selain Perancis, Turkey serta Russia melebihi 5 juta kes manakala Britain dan Italy pula mencatat lebih 4 juta kes.



Argentina, Jerman, Sepanyol dan Colombia pula melebihi 3 juta kes. Poland, Iran, Mexico dan Ukraine mencatat lebih 2 juta kes. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >