Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jun 18, 2021 | 05:30 AM



Pejabat akhbar prodemokrasi HK diserbu polis



HONG KONG: Polis Hong Kong menyerbu pejabat akhbar prodemokrasi Apple Daily semalam dan menahan lima eksekutifnya, termasuk Ketua Pengarang Ryan Law, mengikut undang-undang keselamatan negara.



Penahanan itu adalah operasi terbaru polis ke atas tabloid popular itu, yang menyokong gerakan prodemokrasi di Hong Kong.



Polis berkata lima eksekutif ditahan kerana bersekongkol dengan negara asing atau dengan unsur luar untuk membahayakan keselamatan negara.



Sumber polis mengesahkan kepada AFP bahawa mereka ialah eksekutif Next Digital, syarikat induk Apple Daily.



Apple Daily mengesahkan Law adalah antara yang ditahan dan menyiarkan rakaman langsung serbuan terbabit di akaun Facebooknya.



Ia adalah serbuan kedua terhadap syarikat media itu dalam kurang setahun.



Apple Daily dimiliki jutawan Jimmy Lai, yang juga dikatakan penyokong prodemokrasi dan lantang mengkritik pihak berkuasa.



Beliau sedang menjalani hukuman penjara atas tuduhan menyertai tunjuk perasaan prodemokrasi di bandar raya itu dua tahun lalu. - Agensi berita.




Ketua Hakim Iran pilihan ramai pemilihan presiden



TEHERAN: Tiga daripada tujuh calon pilihan raya presiden Iran menarik diri kelmarin, kurang 48 jam hari mengundi hari ini.



Berikutan itu, Ketua Kehakiman Iran Ebrahim Raisi disebut-sebut sebagai calon pilihan raya presiden Iran, sekali gus menggantikan Encik Hassan Rouhani, yang sudah cukup tempoh dua penggal berturut-turut memegang jawatan itu.



Media tempatan melaporkan Ahli Parlimen ultrakonservatif Alireza Zakani menarik diri pada sebelah pagi, beberapa jam selepas reformis Mohsen Mehralizadeh melakukan tindakan sama.



"Sebahagian besar masyarakat sudah memilih saudara saya yang dikasihi, Raisi," kata Zakani, sambil meminta penyokongnya mengundi ulama itu.



Dengan itu, hanya empat calon bertanding dalam pilihan raya presiden itu, dengan Encik Raisi dilihat sebagai calon pilihan ramai.



Agensi berita IRNA dan ISNA melaporkan beberapa jam sebelumnya, Encik Mehralizadeh, 64 tahun, bekas naib presiden Iran, juga telah menarik diri.



Beliau seorang daripada dua reformis yang dibenarkan mencalonkan diri bagi menggantikan Encik Rouhani.



Ini menjadikan hanya satu calon reformis yang tinggal dalam pilihan raya presiden Iran kali ini, iaitu bekas ketua Bank Pusat, Encik Abdolnasser Hemmati, 66 tahun. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >