Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jun 19, 2021 | 05:30 AM



Akhbar HK diserbu polis; 5 eksekutif termasuk Ketua Editor ditahan, aset dibeku



HONG KONG: Terbitan akhbar Apple Daily dilaporkan meningkat hari ini biarpun selepas 500 anggota polis menyerbu bilik berita, merampas dokumen dan menahan lima pegawai eksekutif semalam.



Antara lima yang ditahan itu termasuk Ketua Pengarang akhbar itu, Encik Ryan Law, selain HK$18 juta ($3.11 juta) aset syarikat akhbar tersebut dibekukan.



Pejabat akhbar berkenaan diserbu bagi siasatan sama ada artikel yang diterbitkan mengancam keselamatan China atau sebaliknya.



Serbuan itu merupakan kali kedua dilakukan polis selepas menahan taikun media Hong Kong, Encik Jimmy Lai, yang merupakan pemilik Next Digital.



Jumlah terbitan akhbar itu meningkat sehingga 500,000 naskhah, iaitu enam kali ganda terbitan kelmarin.



Kebanyakan pembaca mendesak supaya akhbar itu dipertahankan dan dipelihara sebagai sejarah Hong Kong. - Reuters.




Vietnam mohon WHO percepat hulur vaksin di bawah skim Covax



HANOI: Vietnam meminta Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk mempercepatkan pemberian vaksin di bawah skim Covax berikutan jangkitan harian di negara itu mencapai tahap tertinggi.



Vietnam sebelum ini berjaya mengatasi wabak hampir sepanjang tahun lalu, namun varian baru yang menjangkiti 8,914 orang sejak April lalu atau 75 peratus daripada jumlah kes mendorong negara itu mempercepatkan program vaksinasi.



Ketua pasukan petugas Covid-19, Encik Vu Duc Dam, ketika pertemuan dengan Pengarah Serantau WHO untuk Pasifik Barat, Dr Takeshi Kasai, berkata WHO perlu mempercepat pemberian vaksin melalui skim Covax.



Encik Vu juga mendesak WHO untuk mempercepat pemindahan teknologi pembuatan vaksin supaya Vietnam dapat menjadi antara pusat pengeluaran vaksin di rantau ini. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >