Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jun 20, 2021 | 05:30 AM



WHO: Varian Delta kini varian dominan dunia



GENEVA: Varian Delta Covid-19, yang pertama kali dikenal pasti di India, menjadi varian dominan global, kata Ketua Saintis Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Soumya Swaminathan.



Beliau juga menyuarakan kekecewaan atas kegagalan calon vaksin Covid-19, CureVac, dalam percubaan untuk memenuhi standard keberkesanan WHO, khususnya selepas varian yang begitu mudah menular, meningkatkan keperluan untuk suntikan baru yang lebih berkesan.



Britain kelmarin melaporkan peningkatan jangkitan varian Delta, sementara pegawai kesihatan awam Jerman meramalkan ia akan cepat menjadi varian dominan di negara itu sekalipun dengan mempercepatkan kadar vaksinasi.



Russia pula mengaitkan lonjakan kes Covid-19 dengan keengganan melakukan vaksinasi dan 'nihilisme' selepas rekod jangkitan baru di Moscow, kebanyakannya berkaitan varian Delta yang meningkatkan kebimbangannya berlakunya gelombang ketiga.



Varian Delta sedang bergerak menjadi varian dominan di serata dunia kerana kemampuan yang tinggi terhadap penularan," kata Dr Swaminathan pada sidang media.



Vaksin CureVac buatan Jerman sebelum ini menunjukkan hasil tidak memberangsangkan dengan hanya berkesan 47 peratus, kurang 50 peratus keberkesanan yang ditetapkan WHO. - Agensi berita.




Palestin batal perjanjian pertukaran dengan Israel bagi vaksin Covid-19 yang hampir tarikh luput



RAMALLAH: Penguasa Palestin kelmarin membatalkan perjanjian pertukaran yang menyaksikan Israel memberi sejuta dos vaksin Covid-19 yang sudah menghampiri tarikh luput.



Pegawai Israel sebelum itu mengumumkan perjanjian itu dengan berkata pihaknya akan memberikan dos kepada penguasa yang berpangkalan di Tebing Barat itu kerana tarikh tamat tempohnya semakin dekat.



Palestin mengesahkan penghantaran sejuta dos vaksin dalam tempoh beberapa hari akan datang tanpa menjelaskan perjanjian dengan Israel.



Penghantaran awal sekitar 90,000 dos Pfizer bagaimanapun gagal mematuhi "spesifikasi terkandung dalam perjanjian, sekali gus menyaksikan Perdana Menteri Mohammad Shtayyeh mengarahkan Menteri Kesihatan membatalkan perjanjian itu," kata jurucakap pemerintah Ibrahim Melhem.



"Pemerintah menolak untuk menerima vaksin yang tarikhnya hampir luput," katanya dalam kenyataan dikeluarkan agensi berita rasmi Wata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >