Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jun 21, 2021 | 05:30 AM



Salah seorang pasukan Olimpik Uganda uji positif Covid-19 sebaik tiba di Tokyo



TOKYO: Seorang anggota pasukan Olimpik Uganda telah dikesan positif koronavirus semasa tiba di Jepun, lebih sebulan sebelum pembukaan rasmi Sukan Olimpik yang ditangguhkan gara-gara pandemik, kata para pegawai.



Kumpulan pertama yang tiba dari Uganda - pasukan seramai sembilan orang termasuk petinju, jurulatih dan pegawai - mendarat di lapangan terbang Narita di Tokyo semalam.



Mereka adalah pasukan kedua yang tiba selepas skuad sofbol wanita Australia pada 1 Jun lalu.



Tetapi salah seorang delegasi negara Afrika itu didapati positif ketika menjalani pemeriksaan di lapangan terbang, kata seorang pegawai pemerintah kepada wartawan. Stesen penyiar awam NHK mengatakan kumpulan itu semua telah divaksinasi dan diuji negatif di Uganda sebelum mereka berlepas ke Jepun. - Agensi berita.




Video pegawai polis Canada berlutut di leher remaja kulit hitam cetuskan kemarahan



MONTREAL: Sebuah video yang merakam seorang pegawai polis Canada berlutut di leher seorang remaja kulit hitam di negara itu telah mencetuskan kemarahan sebilangan penduduk di situ.



Bagi sebilangan warga Canada, video selama 90 saat itu membangkitkan kenangan warga kulit hitam Amerika George Floyd yang maut dalam keadaan yang sama.



Video itu menunjukkan pegawai polis kulit putih kelihatan berlutut di leher remaja kulit hitam tersebut yang sedang tertiarap di sebatang jalan raya di Montreal.



Polis mengatakan kelmarin bahawa mereka sedang menyiasat kejadian itu setelah video itu mendapat teguran dari ahli politik dan pembela hak asasi manusia, yang kebanyakannya menyuarakan kerisauan terhadap cara remaja berusia 14 tahun itu ditahan.



Polis Montreal mengatakan insiden itu berlaku pada 10 Jun lalu setelah pegawai dikerahkan ke tempat pergaduhan melibatkan 15 pemuda berhampiran sebuah sekolah menengah di kejiranan Villeray di Montreal. Mereka mengatakan bahawa dua pemuda itu bersenjata. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >