Subuh
5:34
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jul 03, 2021 | 05:30 AM



Vaksin Johnson & Johnson boleh neutralkan varian Delta



BRUNSWICK BARU, (New Jersey): Syarikat Johnson & Johnson mengatakan vaksin suntikan tunggal koronavirusnya dapat meneutralkan iaitu menjadikan varian Delta yang mudah berjangkit tidak berkesan.



Selain itu, ia juga berupaya memberi perlindungan agak lama terhadap jangkitan.



Dalam satu kenyataan kelmarin, syarikat itu mengatakan penerima vaksinnya menghasilkan antibodi peneutralan yang kuat selama sekurang-kurangnya lapan bulan terhadap semua varian, termasuk Delta, yang kali pertama dikesan di India dan telah menular di seluruh dunia.



Varian Delta dijangka menjadi varian dominan di Amerika Syarikat dalam beberapa minggu mendatang, menurut Pusat bagi Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika.




Taiwan mahu dapatkan vaksin Novavax



TAIPEI: Taiwan telah memilih mahu mendapatkan vaksin Novavax Covid-19 melalui skim perkongsian global Covax buat negara berpendapatan rendah, kata syarikat itu semalam, yang bakal menambah stok dos suntikan yang sangat diperlukan bagi program imunisasi pulau itu.



Tempahan vaksin Taiwan merangkumi 4.76 juta dos dari Covax, walaupun setakat ini, ia hanya menerima lebih 600,000 daripada program tersebut, semuanya vaksin AstraZeneca.



Novavax, dalam satu kenyataan melalui e-mel, mengatakan pihaknya sudah mempunyai perjanjian untuk membekal vaksinnya kepada kemudahan Covax. - Reuters.




Kucing dan anjing mudah dijangkiti Covid-19: Kajian



AMSTERDAM: Sekiranya anda berasa anda menghidap Covid-19, mungkin lebih baik menjauhi haiwan kesayangan anda, kata seorang penulis bagi satu kajian Belanda yang mendapati sebilangan anjing dan kucing mungkin dijangkiti.



"Kira-kira satu daripada lima haiwan peliharaan akan dijangkiti penyakit itu daripada pemiliknya," kata Dr Els Broens dari Universiti Utrecht di Belanda, walaupun tiada kes yang diketahui mengenai penyakit itu berjangkit dari haiwan peliharaan ke manusia.



"Cuma nasib baik, haiwan tidak menjadi terlalu sakit kerana virus itu." - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >