Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Aug 15, 2021 | 05:30 AM



Kadar pesakit Covid-19 M'sia berkurang di negeri dengan kadar vaksinasi tinggi



PUTRAJAYA: Jumlah kemasukan ke hospital dan rawatan intensif Covid-19 telah berkurangan di negeri-negeri yang mempunyai kadar vaksinasi yang lebih tinggi, kata ketua pengarah kesihatan.



Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata terdapat pengurangan di Labuan, Sarawak, Negri Sembilan, Kuala Lumpur dan Putrajaya, yang sekurang-kurangnya 40 peratus penduduk dewasa telah pun diberi vaksin sepenuhnya.



"Ini membuktikan kesan vaksinasi. Di Hospital Sungai Buloh, kemasukan bagi pesakit Covid-19 juga merosot, berikutan Operasi Lonjakan Kapasiti selesai.



"Namun, negeri lain yang kadar vaksinasi lebih rendah belum menunjukkan pengurangan jumlah kemasukan ke hospital," kata beliau dalam satu taklimat media kelmarin.



Tan Sri Dr Noor menjelaskan satu lagi tanda bahawa vaksinasi terbukti berkesan adalah jumlah kes pekerja kesihatan yang teruk dijangkiti adalah rendah.



Tambahnya, 6,718 pekerja kesihatan yang divaksin sepenuhnya dijangkiti Covid-19, atau 2.94 peratus daripada 248,874 pekerja kesihatan yang divaksin. - Agensi berita.




Kadar jangkitan cecah rekod di New South Wales



SYDNEY: New South Wales di Australia telah melaporkan kes jangkitan Covid-19 dalam masyarakat yang mencapai jumlah rekod, sebanyak 466 kes pada Sabtu.



Ini merupakan lonjakan terbesar dalam masa semalaman, menurut pemimpin Gladys Berejiklian.



Pihak berkuasa telah memberi amaran bahawa jumlah jangkitan itu boleh melonjak lagi dalam masa beberapa hari sedang empat orang lagi meninggal dunia - menjadikan jumlah kematian akibat penularan terkini itu kepada 42 orang.



Daripada jumlah kes baru itu, sekurang-kurangnya 60 orang telah meluangkan masa dalam masyarakat semasa dijangkiti.



Sementara itu, Australia akan menaikkan denda ke atas mereka yang melanggar peraturan sekatan di Sydney.



Polis akan mengenakan denda sehingga A$5,000 ($4,988) ke atas mereka yang melanggar arahan jangan keluar rumah atau berbohong kepada pegawai menjejak kontak. - Reuters.




Pekerja kecemasan usaha gigih bantu mangsa banjir di Turkey



SINOP (TURKEY): Pekerja kecemasan berusaha keras untuk meredakan kawasan yang dilanda banjir di wilayah Laut Hitam Turkey kelmarin, sedang jumlah kematian meningkat kepada 31 orang dalam bencana alam kedua yang melanda negara itu bulan ini.



Kejadian banjir itu, antara yang terburuk dialami Turkey, menimbulkan kekacauan di wilayah utara selepas pihak berkuasa mengumumkan kebakaran hutan yang membinasa wilayah pesisir selatan selama dua minggu telah dikawal.



Air deras menghempas puluhan kereta dan timbunan sisa sampah di sepanjang jalan, menghancurkan jambatan, menutup jalan dan memutuskan bekalan elektrik ke ratusan kampung.



"Ini adalah bencana banjir terburuk yang pernah saya lihat," kata Menteri Dalam Negeri Suleyman Soylu kepada wartawan pada Khamis setelah meninjau kerosakan yang meluas di wilayah Bartin, Kastamonu dan Sinop.



Hingga 29 orang terkorban akibat banjir di Kastamonu dan dua orang lagi mati di Sinop, kata Biro Pengurusan Bencana dan Kecemasan (AFAD). - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >