Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 16, 2021 | 05:30 AM



Australia vaksin kanak-kanak bawah 12 tahun Januari depan



MELBOURNE: Australia, antara negara paling pantas dalam pemberian vaksin Covid-19 kini merancang program vaksinasi dalam kalangan kanak-kanak bawah umur 12 tahun mulai Januari depan.



Menteri Kesihatan, Encik Greg Hunt, berkata pengawal selia perubatan masih menyemak data kesihatan dan keselamatan untuk vaksinasi kepada kanak-kanak berumur antara lima hingga 11 tahun dan langkah itu tidak mungkin dilaksanakan tahun ini.



"Kita jangkakan ia akan dilaksanakan Januari ini... sebolehnya awal Januari. Mereka akan cuba buat secepat mungkin," kata Encik Hunt kepada Australian Broadcast Corporation.



Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) Amerika Syarikat awal bulan ini mengesyorkan suntikan Pfizer Inc/BioNTech untuk vaksinasi kumpulan umur lima hingga 11 tahun, selepas ia diluluskan Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA). - Reuters.



Empangan kering di Jordan kerana kemarau



AMMAN: Jordan berdepan krisis bekalan air selepas beberapa empangan utama kosong dan ada antaranya berada pada paras membimbangkan, selain diburukkan lagi dengan kemarau.



Daripada 14 empangan utama, tiga daripadanya kering, memaksa pihak berkuasa merancang langkah drastik, bagi menyelamatkan petani di Lembah Jordan yang menjadi pengeluar utama sumber bekalan makanan.



Jurucakap Kementerian Air, Encik Omar Salameh, berkata empangan Waleh, Mujib dan Tanour di selatan negara berkenaan kering sepenuhnya, berikutan faktor cuaca.



Katanya, bekalan air di empangan Raja Talal dan Wadi El Arab di bahagian utara pula berada pada paras terendah. - Agensi berita.



Anak Muammar Gaddafi mahu tanding dalam pilihan raya presiden Libya



TRIPOLI: Encik Seif al-Islam Gadafi, anak bekas pemimpin Libya, Allahyarham Muammar Gadafi, mendaftarkan diri untuk bertanding dalam pilihan raya presiden bulan depan.



Pencalonan itu dilihat sebagai langkah penting ke arah membantu negara berkenaan membuka lembaran baru bagi mengakhiri kemelut yang sudah berlarutan sejak sedekad lalu.



Pilihan raya pertama presiden Libya, dengan pusingan pertama pada 24 Disember, ialah kemuncak proses dilancarkan tahun lalu oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menamatkan siri keganasan, sejak kerajaan pimpinan Allahyarham Gadafi digulingkan pada 2011.



"Seif al-Islam Gadafi menyerahkan pencalonannya untuk bertanding dalam pilihan raya presiden kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Tinggi Kebangsaan di bandar Sebha," menurut kenyataan suruhanjaya berkenaan. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >