Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Dec 14, 2021 | 05:30 AM



17 keluarga orang asli berpindah, khuatir serangan harimau belang



GUA MUSANG: Seramai 17 keluarga Orang Asli dari Kampung Remau, Pos Bihai di sini, terpaksa meninggalkan kediaman masing-masing susulan ternampak kelibat tiga ekor harimau belang dewasa di sekitar kebun dan kawasan kediaman mereka, sejak Jumaat lalu.



Pegawai Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Gua Musang, Encik Azman Ngadiron, berkata rata-rata penduduk bertindak untuk berpindah ke Kampung Tendrik, Pos Bihai setelah menyedari kehadiran haiwan liar itu yang didapati berkeliaran di sekitar kawasan penempatan mereka.



"Terdapat beberapa penduduk memilih berpindah ke dewan, rumah saudara atau rakan buat sementara waktu kerana bimbang sekiranya diserang haiwan liar berkenaan," ujarnya. - BHM.



Gempa bumi magnitud 5.6 landa timur Indonesia



JAKARTA: Gempa bumi magnitud 5.6 pada skala Richter melanda Maluku di timur Indonesia malam kelmarin, menurut Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG).



Gempa pada jam 10.29 malam waktu Jakarta itu berpusat di lokasi kira-kira 163 kilometer (km) ke timur laut daerah Maluku Barat Daya pada kedalaman 10 km di bawah dasar laut.



Bagaimanapun, menurut BMKG, gempa itu tidak mencetuskan tsunami tetapi menasihatkan penduduk setempat berwaspada terhadap gempa susulan. - Agensi berita.



Cuaca melampau akan jadi 'norma baharu'



WASHINGTON: Ribut yang lebih kuat memusnahkan dan membawa maut akan menjadi 'norma baharu' apabila kesan perubahan iklim semakin ketara.



Amaran itu dikeluarkan oleh pegawai pengurusan kecemasan Amerika Syarikat (AS), semalam selepas enam negeri musnah dilanda puting beliung besar.



Ahli meteorologi dan saintis lain sejak sekian lama memberi amaran mengenai peningkatan kekuatan bencana alam dan cuaca buruk seperti ribut, kebakaran dan banjir. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >