Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jul 24, 2022 | 05:30 AM



'M'sia masih alami inflasi kadar terendah di Asia Tenggara'



KOTA BHARU: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara, hasil usaha berterusan kerajaan menanganinya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion ($24 bilion)



Perdana Menteri Malaysia itu berkata, ketidaktentuan ekonomi global dan krisis geopolitik serta perubahan iklim dunia memberi kesan dan cabaran kepada kos sara hidup Keluarga Malaysia, lapor Berita Harian Malaysia semalam.



"Kenaikan harga jagung bijirin dan baja serta kenaikan kos logistik menyebabkan peningkatan harga barangan, yang menyaksikan kadar inflasi juga meningkat tinggi.



"Namun, Malaysia masih mengalami inflasi pada kadar terendah di Asia Tenggara hasil usaha berterusan kerajaan menanganinya dengan memberikan subsidi berjumlah RM77 bilion," katanya.




Suspek bunuh mantan PM Jepun Abe akan jalani penilaian psikiatri



TOKYO: Suspek pembunuh mantan Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, akan menjalani penilaian psikiatri sehingga akhir tahun ini, lapor media Jepun semalam.



Tetsuya Yamagami, seorang penganggur berusia 41 tahun, telah dikenal pasti polis sebagai suspek yang mendekati Encik Abe pada ucapan kempen di sudut jalan pada 8 Julai dan melepaskan tembakan dengan senapang buatan tangan.



Sebuah mahkamah di Nara di barat Jepun, di mana suspek tinggal dan tembakan berlaku, membenarkan permintaan pendakwa raya supaya Yamagami ditahan untuk pemeriksaan psikiatri, Nikkei dan media lain melaporkan.



Penilaian itu akan berlangsung sehingga 29 November, kata Nikkei, dan akan menentukan sama ada Yamagami akan didakwa kerana menembak atau tidak. - Reuters.




China alami kerugian ekonomi lebih AS$13b akibat bencana alam



BEIJING: Kementerian Pengurusan Kecemasan melaporkan kerugian ekonomi yang ditanggung oleh China akibat bencana alam adalah sekitar AS$13.13 bilion ($18.2 bilion), lapor laman berita Wions News kelmarin.



Angka tersebut melibatkan bencana alam yang berlaku sepanjang enam bulan pertama tahun ini.



Jurucakap kementerian, Encik Shen Zhanli, berkata banjir dan hujan batu adalah dua bencana alam paling biasa berlaku di China dari Januari hingga Jun 2022.



Bencana alam lain termasuk kemarau, cuaca sejuk beku, gempa bumi, salji serta kebakaran hutan dan padang rumput.



Sepanjang enam bulan pertama tahun ini, lebih 39.14 juta orang terjejas akibat bencana alam selain 178 kematian atau kes orang hilang serta penempatan semula 1.28 juta penduduk. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >