Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Oct 23, 2022 | 05:30 AM



FBI temui maklumat perisikan sangat sensitif di rumah Trump



WASHINGTON: Maklumat perisikan yang sangat sensitif mengenai Iran dan China terkandung dalam beberapa dokumen yang ditemui Biro Siasatan Federal (FBI) semasa kediaman bekas Presiden Amerika Syarikat, Encik Donald Trump, di Florida digeledah pihak berkuasa.



Memetik laporan The Washington Post semalam, pihaknya memperoleh sumber laporan daripada orang yang rapat dengan maklumat berkenaan.



Dokumen itu mengandungi dokumen rahsia yang menunjukkan kerja risikan mengenai China dan berkenaan dengan program peluru berpandu Iran.



Laporan itu mendedahkan, ia boleh dianggap sebagai antara maklumat paling sensitif yang pernah dirampas FBI.



Pakar menyifatkan penerbitan maklumat sedemikian dalam dokumen itu akan mencetuskan pelbagai risiko, termasuk membahayakan individu yang membantu usaha perisikan Amerika serta boleh menjejaskan usaha pengumpulan. - Agensi berita.




Macron gesa Perancis bersatu menentang 'kejahatan melampau'



PARIS: Perancis harus bersatu dalam bersolidariti dengan ibu bapa gadis berumur 12 tahun yang mayatnya ditemui dalam beg pakaian di luar rumahnya di sini minggu lalu, kata Presiden Emmanuel Macron semalam.



Pembunuhan kanak-kanak perempuan akibat dipukul digelar Encik Macron sebagai kejahatan yang melampau.



Menerusi kenyataan awam pertamanya berhubung kematian gadis bernama Lola, Encik Macron berkata jenayah kejam itu ternyata mengejutkan negara.



"Apabila kita berhadapan dengan kejahatan melampau, kita menyedari bahawa ini mungkin berlaku dalam masyarakat kita.



"Saya fikir mengambil kira ibu bapa Lola dan abangnya, kesusahan ditempuhi keluarga ini amat bermaruah dan bersatu pada masa ini. Saya fikir mereka memerlukan penghormatan dan kasih sayang negara terlebih dahulu," katanya kepada pemberita pada sidang kemuncak Kesatuan Eropah (EU).



Encik Macron mengadakan pertemuan dengan ibu bapa gadis berkenaan awal minggu ini.



Pembunuhan Lola menjadi punca ketegangan politik apabila parti pembangkang merampas profil suspek iaitu seorang pendatang tanpa izin (PATI) lalu menggesa polisi imigresen yang lebih tegas. - Reuters.




Sri Lanka undi kurangkan kuasa Presiden



COLOMBO: Parlimen Sri Lanka mengundi untuk mengurangkan kuasa presiden sebagai konsesi separa gerakan protes negara itu, memaksa bekas ketua negara itu hidup dalam buangan.



Presiden baru, Encik Ranil Wickremesinghe, berikrar untuk mengekang penggunaan meluas kuasa pejabatnya yang mana pernah dilakukan sewaktu pentadbiran Gotabaya Rajapaksa.



Untuk itu, Parlimen memperoleh undi sangat besar untuk menyokong pindaan Perlembagaan yang mengehadkan kawalan polis, badan kehakiman dan pelantikan perkhidmatan awam.



"Dari sudut pandangan rakyat, ini adalah rang undang-undang (RUU) yang baik dan itu sebab kami menyokongnya," kata bekas presiden, Encik Maithripala Sirisena, yang kini menjadi penggubal undang-undang blok pembangkang.



Meskipun blok pembangkang menyokong langkah itu, namun mereka mengadu bahawa ia tidak boleh dilakukan cukup meluas selepas menyokong gesaan gerakan protes untuk mengurangkan kuasa presiden kepada peranan dalam istiadat.



"Apa yang anda cuba lakukan menarik perhatian rakyat," kata seorang Ahli Parlimen, MA Sumanthiran, ketika membahaskan Rang Undang-Undang itu. - AFP.




AS dakwa tentera Iran bantu Russia kendali dron di Crimea



KYIV: Amerika Syarikat mendakwa jurulatih tentera Iran berada di Crimea bagi membantu tentera Russia mengendalikan dron buatan Iran untuk menyerang sasaran di Ukraine, sekali gus meningkatkan ketegangan geopolitik antara negara-negara berkenaan.



Jurucakap Jabatan Negara Amerika, Encik Ned Price, menegaskan Amerika mempunyai bukti kukuh berhubung perkara tersebut.



"Kami boleh mengesahkan bahawa anggota tentera Russia yang berpangkalan di Crimea mengendalikan kenderaan udara tanpa pemandu (UAV) Iran dan menggunakannya untuk melakukan serangan kinetik di seluruh Ukraine, termasuk serangan terhadap Kyiv beberapa hari lalu.



"Kami menilai bahawa anggota tentera Iran berada di Crimea dan membantu Russia dalam operasi ini. Kami mempunyai maklumat yang boleh dipercayai," jelasnya.



Russia merampas Crimea dari Ukraine pada 2014 dan dikatakan menggunakan semenanjung selatan itu untuk melatih askar serta membuka semula pangkalan tentera era Soviet. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >