Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Oct 24, 2022 | 05:30 AM



Nurul Izzah mungkin pertahan Permatang Pauh



BAYAN BARU: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi bayangan Cik Nurul Izzah Anwar mungkin akan kekal bertanding mempertahankan kerusi disandangnya di Parlimen Permatang Pauh pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).



Datuk Anwar berkata kemungkinan besar Cik Nurul Izzah yang juga Naib Presiden PKR terus kekal bertanding di kubu kuat PKR itu meskipun terdapat desas-desus mengatakan beliau mungkin akan bertanding di kerusi Parlimen Ampang



"Saya bagi 'scoop' lah, kemungkinan ke arah itu lah (bertanding di Permatang Pauh ) kemungkinan besar," katanya. - Astro Awani




Syed Saddiq dijangka kekal di Muar



MUAR: Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman memberi isyarat bakal bertanding mempertahankan kerusi Parlimen Muar pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15), 19 November nanti.



Mantan Menteri Belia dan Sukan itu berkata jika diberi peluang sekali lagi, beliau akan berkhidmat dengan lebih baik dan bertekad memperjuangkan sistem dasar yang kukuh.



"Saya akan membantu membentuk kestabilan pentadbiran, meningkatkan taraf ekonomi dan mengutamakan pendidikan, pengagihan sumber yang seimbang, membanteras korupsi dan menjamin kesejahteraan semua.



"Sejujurnya, kalau boleh putar masa sekali pun, saya masih akan pilih untuk berkhidmat kepada orang Muar. Sebabnya, rumah adalah tempat di mana hati berada dan di Muar, ia di mana hati saya berada," katanya. - BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >