Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 06, 2022 | 05:30 AM



Palestin anggap kemenangan Netanyahu sekadar tukar 'jenama'



RAMALLAH: Kemenangan pilihan raya oleh bekas Perdana Menteri Israel, Encik Benjamin Netanyahu, mungkin menandakan pemerintah berhaluan paling kanan, tetapi bagi kebanyakan warga Palestin ia hanya perubahan jenama.



Perbezaan antara Encik Netanyahu dan penyandang yang tewas, Encik Yair Lapid, umpama membandingkan jenama antara Pepsi dengan Coca Cola, kata Perdana Menteri Palestin, Encik Mohammad Shtayyeh, sejurus selepas keputusan pilihan raya disahkan.



Penggal pentadbiran Encik Netanyahu sebagai Perdana Menteri sebelum ini hanya menyaksikan keruntuhan proses damai Asia Barat dan lonjakan pencerobohan Israel yang membuka penempatan di Tebing Barat yang didudukinya.



Ketika menggalas tugas Perdana Menteri, Encik Lapid menggunakan pendekatan yang lebih berdamai, meluluskan sedikit peningkatan dalam bilangan permit kerja Israel yang dikeluarkan kepada rakyat Palestin dari Semenanjung Gaza.



Malah, beliau turut menggunakan peluang berucap di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada September lalu untuk menyatakan sokongan kepada rumusan dua negara bagi penyelesaian konflik Israel-Palestin. - AFP.




Pemandu Grab di Thailand protes pendapatan makin kurang



BANGKOK: Kira-kira 800 pemandu Grab memakai jaket hijau berkumpul di kota raya Bangkok, semalam bagi memprotes dasar baru yang menyaksikan potongan ketara pada pendapatan mereka.



Protes itu bermula di luar pusat beli-belah Central World sebelum bergerak ke ibu pejabat Grab Thailand sehingga menghalang lalu lintas di Jalan Phetchaburi.



Grab Thailand baru-baru ini memperkenalkan 'sistem zon' yang meminta pemandu untuk menempah slot masa dan kawasan mereka ingin bekerja sebelum memulakan syif kerja.



Akibatnya, ramai pemandu terpaksa bersaing bagi mendapatkan slot, sekali gus menyebabkan pemandu tidak boleh lagi bekerja pada bila-bila masa yang mereka mahu.



Mereka merasakan konsep yang sebelum ini menjadi manfaat bekerja dibanggakan syarikat Grab kini diubah sehingga menjejaskan pendapatan mereka.



Menerusi sistem itu juga, pemandu tidak dapat menjana pendapatan sekiranya semua slot masa sudah ditempah.



Justeru, pemandu melakukan protes bagi mendesak tiga permintaan iaitu membatalkan sistem zoning, menghapuskan sistem pelbagai pesanan dalam satu perjalanan serta melaksanakan semula yuran penghantaran seperti sebelum ini. - Agensi berita.




Bezos disaman bekas pembantu rumah atas sebab diskriminasi



SEATTLE: Pengasas Amazon, Jeff Bezos disaman oleh bekas pembantu rumahnya yang mendakwa mengalami diskriminasi perkauman dan masalah kesihatan akibat kesukaran untuk pergi ke tandas selepas sering dihalang memasuki beberapa ruang di rumah jutawan itu kecuali ketika melaksanakan tugasan pembersihan.



Lapor The Guardian, Cik Mercedes Wedaa yang bekerja membersihkan rumah mewah Bezos di Seattle selama tiga tahun mendakwa dipaksa untuk memanjat keluar dari tingkap bilik dobi jika ingin menggunakan tandas di rumah berkenaan.



Akibat keadaan itu, Cik Wedaa dan pembantu rumah lain terpaksa menahan diri daripada menggunakan tandas menyebabkan mereka sering mengalami jangkitan saluran kencing.



Dalam tuntutan yang difailkan di sebuah mahkamah di Seattle itu, Cik Wedaa turut mendakwa beliau dan kakitangan pembersihan lain menerima layanan berbeza dan lebih kasar berbanding kakitangan kulit putih. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >