Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Nov 20, 2022 | 05:30 AM



Calon Dewan Undangan Negeri Tioman meninggal



KUANTAN: Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tioman, meninggal dunia, semalam.



Allahyarham Md Yunus Ramli, 61 tahun, disahkan meninggal dunia 3.30 pagi semalam di Hospital Rompin.



Pengarah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Pahang, Datuk Zamree Hamli, ketika dihubungi mengesahkan perkara itu.



Beliau berkata Allahyarham Md Yunus dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke hospital untuk rawatan lanjut.



"Allahyarham disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Rompin," katanya.



Sebelum ini, Allahyarham Md Yunus daripada PAS bertanding di kerusi sama pada PRU14. Allahyarham merupakan Ketua PAS Cawangan Sungai Puteri dan Pengarah 2 Jawatankuasa Pilihan Raya Kecil DUN Tioman. Selain itu, arwah juga adalah bekas Timbalan Presiden Bola Sepak Daerah Rompin.




Siti Nurhaliza jadi tumpuan di pusat undi di Cheras



KUALA LUMPUR: Penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza Taruddin, 43 tahun, membuang undi di Sekolah Kebangsaan (SK) Alam Damai, Cheras, sekitar 10.50 pagi semalam.



Kehadiran penyanyi kesayangan ramai itu menarik tumpuan pengundi dan petugas di pusat undian apabila tidak mahu melepaskan peluang bertegur sapa dan bergambar dengan penyanyi lagu Purnama Merindu itu, lapor BH Online semalam.



Terdahulu, menerusi perkongsian dalam Instagram (IG) Story, ibu dua cahaya mata itu menunjukkan kesesakan lalu lintas dan barisan panjang untuk ke bilik mengundi.



"Siapa pun yang bakal dilantik sebagai pemimpin kelak, haruslah menjalankan tanggungjawab dengan berwibawa dan amanah. Negara perlukan pemimpin amanah, bertanggungjawab, berwibawa dan mampu menjaga rakyat serta negara dengan baik.



"Tentunya ini menjadi harapan rakyat Malaysia dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15). Semoga Malaysia terus cemerlang dalam semua aspek ke hadapan," kata beliau.




Kecoh di pusat undi Kerinchi kerana kurang siap



KUALA LUMPUR: Kekecohan berlaku di pusat pengundian PPR Kerinchi dalam kawasan Parlimen Lembah Pantai di sini, apabila Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) didakwa gagal menyempurnakan persiapan mengundi di lokasi terbabit.



Calon Pakatan Harapan, Encik Fahmi Fadzil, mendakwa SPR perlu bertanggungjawab dan mengakui kegagalan mereka menyiapkan segala keperluan di pusat berkenaan yang dibuat di kawasan padang.



"Keperluan asas seperti papan tanda saluran mengundi, kerusi menunggu untuk warga emas, malah tiada khemah yang disediakan untuk pengundi yang hadir seawal 7 pagi untuk mengundi," katanya.



Encik Fahmi yang juga penyandang kerusi parlimen Lembah Pantai turut mempersoalkan mengapa SPR memilih lokasi di PPR Kerinchi sebagai pusat pengundian.



"Mereka (SPR) mempunyai masa yang cukup untuk membuat segala perancangan dan persiapan, namun mereka masih gagal menjalakan tugas mereka dengan baik," katanya.



Encik Fahmi mendakwa pusat pengundi PPR Kerinchi mempunyai kira-kira 6,00 pengundi dan antara yang terbesar dalam kawasan Lembah Pantai. - BHM.




Pengundi muda pengsan ketika undi buat pertama kali



KOTA BHARU: Seorang gadis yang mempunyai masalah tekanan darah rendah, pengsan ketika hadir untuk membuang undi buat pertama kali di Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Mokan, di sini, pagi semalam.



Kejadian 10.30 pagi itu berlaku ketika Nor Mahirah Aliya Ibrahim, 20 tahun, berlari untuk melintas jalan menuju ke sekolah terbabit di seberang laluan, sejurus keluar dari kereta keluarganya, lapor BH Online.



Ketika menghampiri sekolah itu, Nor Mahirah Aliya hilang keseimbangan dan hampir terjatuh.



Kejadian itu disedari kakaknya, Nurul Akma, 23 tahun, yang mengekori dari belakang bersama ibu mereka sebelum menjerit meminta pertolongan orang ramai yang berada berhampiran.



Beliau menjerit meminta tolong kerana bimbang adiknya jatuh dan dilanggar kereta yang lalu-lalang di situ.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >