Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas

Jan 20, 2023 | 05:52 AM



Kes jumpa mayat di lebuh raya: Polis rakam keterangan saksi



SUNGAI BULOH:Polis telah merakam keterangan seorang saksi bagi membantu siasatan kes penemuan mayat yang dikerat dengan bahagian anggota badannya disumbat dalam bagasi di Kilometer 447 Lebuhraya Utara Selatan di sini.



Ketua Polis Daerah Sungai Buloh, Superintendan Shafa'aton Abu Bakar, berkata rakaman keterangan saksi itu diambil 4.30 petang kelmarin.



"Setakat ini hanya satu saksi sudah dirakam percakapan berkaitan kes ini.



"Bedah siasat ke atas si mati juga sudah dilakukan di Hospital Sungai Buloh (HSB) hari ini (kelmarin) dan mendapati punca kematiannya akibat pelbagai kecederaan daripada senjata tajam," katanya melalui kenyataan. - BHM.




Malaysia Airlines tinjau kemungkinan ganti kebaya?



KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines, sedang meninjau untuk membuat perubahan pada   kebaya sarung pramugarinya tahun ini tetapi pakar penerbangan berkata, rancangan itu boleh mengalihkan perhatian daripada isu yang lebih mendesak seperti menjadikan syarikat penerb angan itu lebih cekap dan menjimatkan kos.



Akhbar The Straits Times mendapat tahu pengendali syarikat penerbangan itu, Malaysia Airlines Berhad (MAB), pada Isnin lalu menghantar e-mel dengan kaji selidik yang dilampirkan kepada ahli program kesetiaan perjalanan dan gaya hidupnya, Enrich, meminta pendapat mereka tentang peralihan daripada kebaya kepada "pakaian seragam yang lebih sederhana".



Syarikat penerbangan itu mempunyai empat juta ahli Enrich pada November 2022. Mereka menikmati keistimewaan seperti keutamaan menaiki pesawat dan akses ruang rehat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >