Subuh
5:57
Syuruk
7:15
Zuhur
1:19
Asar
4:31
Maghrib
7:20
Isyak
8:29
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

SEKILAS

Sekilas

Oct 23, 2023 | 07:52 PM



Hamas, Menteri Luar Iran bincang hentikan serangan di Gaza

DUBAI: Ketua Biro Politik Hamas, Encik Ismail Haniyeh, menerima panggilan telefon daripada Menteri Luar Iran, Encik Hossein Amir-Abdollahian pada Ahad bagi membincangkan ‘apa cara yang boleh digunakan’ untuk menghentikan Israel daripada terus membedil Gaza.


Kedua-dua pemimpin itu turut berbincang mengenai perkembangan di Semenanjung Gaza, kata Hamas dalam hantaran yang dikongsi dalam aplikasi Telegram. – Agensi berita.

Himpunan di Paris seru serangan di Gaza ditamat

PARIS: Beribu-ribu orang berhimpun di Paris pada Ahad menuntut dihentikan operasi ketenteraan Israel di Gaza, yang menurut penganjur sebagai “pembunuhan beramai-ramai”, berikutan serangan berdarah oleh kumpulan Hamas.


Polis berkata mereka membuat 10 tangkapan pada perhimpunan pro-Palestin itu. Himpunan itu adakan selepas mahkamah membatalkan larangan polis terhadap perhimpunan serupa di ibu negara pada Khamis. Polis menganggarkan 15,000 orang menghadiri perhimpunan pada Ahad itu, manakala penganjur mengira 30,000. – AFP.

Paus Francis rayu agar konflik Hamas-Israel diakhiri

VATICAN CITY: Paus Francis merayu pada Ahad supaya dihentikan konflik Israel-Palestin di tengah-tengah kebimbangan ia boleh meluas, dan menggesa lebih banyak bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk ke Jaluran Gaza.


“Perang selalunya berakhir dengan kekalahan, ia adalah kemusnahan persaudaraan antara manusia. Wahai saudara. Berhentilah!” Paus Francis di Dataran Saint Peter di Rome.

“Saya memperbaharui seruan saya agar ruang dibuka, supaya bantuan kemanusiaan terus tiba dan tebusan dibebaskan,” kata paus berusia 86 tahun itu. – Agensi berita.

Tiada bukti anti-Semitisme dalam pembunuhan ketua rumah ibadat Israel


DETROIT: Polis yang menyiasat kematian seorang presiden sebuah rumah ibadat di Amerika Syarikat yang ditikam, berkata pada Ahad lalu bahawa tiada bukti wujud anti-Semitisme sebagai motif.


Ketua polis Detroit. James White berkata dalam satu kenyataan ringkas, bahawa pasukannya sedang menemu bual “individu dengan maklumat yang mungkin dapat membantu melanjutkan siasatan” ke atas kematian Cik Samantha Woll pada Sabtu lalu.


Bagaimanapun, beliau tidak memberikan butiran lanjut berkaitan kejadian itu.


Pembunuhan itu berlaku di tengah-tengah ketegangan yang memuncak dalam masyarakat Yahudi dan Islam di seluruh Amerika, berhubung perang Israel-Hamas, yang telah meragut ribuan nyawa. – Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >