KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganggarkan jumlah peserta Malaysia di sebuah pertemuan tabligh di Masjid Jamek Sri Petaling, yang dikaitkan dengan jangkitan koronavirus Covid-19, tiga kali ganda daripada yang dinyatakan sebelum ini.
Berdasarkan siasatannya, KKM berkata terdapat kira-kira 16,000 peserta di pertemuan antarabangsa di masjid di Kuala Lumpur itu dari 27 Februari hingga 1 Mac.