Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekilas: Jumlah staf hospital di UK yang sakit, jalani kuarantin naik seganda

Jan 02, 2022 | 05:30 AM



Jumlah staf hospital di UK yang sakit, jalani kuarantin naik seganda



LONDON: Jumlah ketidakhadiran kakitangan hospital di England disebabkan Covid-19 meningkat sekali ganda dalam tempoh sebulan.



Kakitangan hospital yang jatuh sakit atau menjalani kuarantin kendiri disebabkan virus itu meningkat daripada 11,375 pada 29 November kepada 24,362 orang pada 26 Disember lalu.



Pengarah Kesihatan Kebangsaan, Encik Stephen Powis, berkata peningkatan secara mendadak ketidakhadiran kakitangan hospital itu bersamaan dengan jumlah pesakit dalam tempoh 10 bulan.



"Jumlah pesakit di hospital akibat Covid-19 di United Kingdom (UK) merekodkan seramai 11,898 orang pada Rabu lalu, angka tertinggi sejak awal Mac lalu iaitu peningkatan 40 peratus dalam tempoh seminggu.



"Buat masa ini, pihak kami masih belum tahu tahap peningkatan membabitkan varian Omicron," katanya.



Encik Powis berkata, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) kini sedang 'berperang', manakala semua kakitangan dalam keadaan bersiap siaga bagi berdepan sebarang kemungkinan. - AFP.



Ketua WHO yakin Covid-19 dapat ditumpaskan tahun ini



GENEVA: Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata beliau optimis wabak Covid-19 akan 'dikalahkan' pada tahun ini dengan syarat semua negara bekerjasama untuk membendung penularannya.



Dr Tedros turut memberi amaran terhadap "nasionalisme sempit dan pembolotan bekalan vaksin" oleh sesetengah negara, katanya dalam satu kenyataan sempena Tahun Baru 2022.



Kenyataannya itu dibuat dua tahun selepas WHO pertama kali dimaklumkan mengenai kes jangkitan radang paru-paru yang tidak diketahui di China.



Kes global Covid-19 kini berjumlah 287 juta, manakala hampir 5.5 juta orang dilaporkan meninggal dunia akibat wabak itu.



"Nasionalisme sempit dan pembolotan bekalan vaksin oleh sesetengah negara menjejaskan ekuiti dan mewujudkan keadaan yang ideal untuk kemunculan varian Omicron, dan semakin lama ketidaksamaan berterusan, semakin tinggi risiko virus ini berkembang dengan cara yang tidak dapat kita cegah atau ramalkan. Jika kita menamatkan ketidakadilan, kita akan dapat menamatkan wabak itu," katanya. - Agensi berita.



Srikandi Hollywood, Betty White, meninggal



HOLLYWOOD: Pelakon komedi Betty White, yang sudah lebih 80 tahun menceburi bidang lakonan dan disayangi ramai menerusi watak-watak yang membawa kepada kemenangannya di Anugerah Emmy - iaitu The Golden Girls dan The Mary Tyler Moore Show - meninggal dunia pada usia 99 tahun.



White meninggal dunia kurang tiga minggu daripada ulang tahun ke-100 beliau, menurut laporan majalah People, yang memetik ejen beliau.



Ejen yang juga sahabatnya, Jeff Witjas, memberitahu majalah itu: "Meskipun Betty bakal menginjak usia 100 tahun, saya rasa beliau akan hidup selama-lamanya."



Dalam industri hiburan yang bergemerlapan dengan bintang-bintang muda, di mana pelakon berusia lebih 40 tahun berdepan dengan kerjaya yang kian pudar, White jelas berbeza.



Beliau merupakan seorang bintang tahun 60-an dan fenomena budaya pop pada tahun-tahun 80-an dan 90-an.



Malah, White masih membintangi sitkom televisyen Hot in Cleveland pada usia 92 tahun, sehingga rancangan itu ditamatkan pada lewat 2014. - Reuters.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >