SAN FRANCISCO: Penggodam telah mencuri data peribadi 57 juta pelanggan dan pemandu daripada Uber Technologies - suatu pelanggaran besar-besaran yang disembunyikan oleh syarikat itu selama lebih setahun.
Minggu ini, syarikat tersebut memecat Joe Sullivan, ketua pegawai keselamatan, dan salah seorang timbalannya atas peranan mereka dalam memastikan kegiatan menggodam itu tidak terdedah.