Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekitar 130 maut akibat rusuhan di padang bola di Indonesia

Pergaduhan tercetus selepas 'derby Jawa Timur' berakhir 3-2, yang menyaksikan pasukan tuan rumah, Arema FC tewas kepada kelab Persebaya Surabaya dalam kejohanan Liga 1 Indonesia
Oct 02, 2022 | 01:13 PM



MALANG (Indonesia): Sekitar 130 orang maut apabila rusuhan berlaku melibatkan penonton dan penyokong kelab bola sepak Arema FC dan Persebaya Surabaya, selepas perlawanan Liga 1 Indonesia di Stadium Kanjuruhan, malam kelmarin. (1 Okt)



Rusuhan yang berlaku sekitar 10.30 malam waktu tempatan (9.30 malam waktu Singapura) tercetus selepas Arema FC tewas 3-2 dalam perlawanan tersebut.



Pergaduhan dipercayai bermula selepas ribuan peminat Arema masuk ke dalam padang susulan kekalahan pasukan mereka.



Menurut laporan media tempatan, penyokong perlawanan antara Arema FC dan Persebaya Surabaya dikepung polis pencegah rusuhan yang melepaskan gas pemedih mata selepas pergaduhan tercetus.



Gas pemedih mata menyukarkan penyokong bernafas dalam suasana kelam kabut menyebabkan mereka terpijak dan terhimpit sesama sendiri.



Menurut Ketua Polis Daerah Jawa Timur, Inspektor Jenderal Nico Afinta, lebih kurang 3,000 daripada 40,000 penyokong yang hadir cuba memasuki kawasan padang, katanya yang dipetik media tempatan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >