Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekitar 5 maut apabila penyerang tembak penunjuk perasaan, polis di Iran

Nov 18, 2022 | 05:30 AM



TEHERAN: Sekurang-kurangnya lima orang terbunuh dan 10 cedera apabila penyerang menembak penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di wilayah Khuzestan, barat daya Iran.



Agensi berita negara Irna melaporkan, penyerang yang tiba dengan dua motosikal di pasar utama di bandar Izeh menggayakan aksi seperti pengganas bersenjata dan melepaskan tembakan ke arah penunjuk perasaan dan pasukan keselamatan di sana kelmarin.



Timbalan Gabenor Khuzestan, Encik Valiollah Hayati, berkata penyerang melakukan serangan pada 5.30 petang menggunakan senjata automatik.



Katanya, mangsa yang maut termasuk tiga lelaki, seorang wanita dan gadis, manakala yang cedera berada dalam keadaan serius, antaranya pegawai polis.



"Keadaan kini tenang dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari penyerang," katanya sambil menambah tiada sesiapa yang mengaku bertanggungjawab terhadap serangan berkenaan.



Pada 26 Oktober lalu, sekurang-kurangnya 13 orang terbunuh dalam serangan bersenjata yang didakwa dilakukan oleh kumpulan ISIS di makam Shah Cheragh di Shiraz.



Keganasan jalanan merebak di seluruh Iran ketika protes yang dicetuskan oleh kematian Mahsa Amini pada 16 September semakin meningkat pada ulang tahun tindakan kejam yang membawa maut pada 2019.



Amini, wanita Iran berusia 22 tahun berasal dari Kurd, meninggal dunia dalam tahanan polis selepas ditahan atas dakwaan melanggar kod pakaian ketat Iran untuk wanita.



Sehingga kini, pasukan keselamatan didakwa membunuh sekurang-kurangnya 342 orang, termasuk 43 kanak-kanak dan 26 wanita, dalam tindakan keras sejak kematian Amini, menurut statistik terkini Hak Asasi Manusia Iran (IHR), kelmarin.



Penunjuk perasaan maut akibat terkena tembakan yang dilepaskan pasukan keselamatan Iran sepanjang rusuhan ganas itu berlangsung.



Kumpulan hak asasi manusia juga berkata sekurang-kurangnya 15,000 orang ditahan setakat ini.



Pada Selasa lalu, Iran turut mengeluarkan arahan hukuman mati pertama terhadap penunjuk perasaan yang didakwa terlibat dalam siri protes yang tercetus akibat kematian seorang wanita dalam tahanan polis.



Perkara itu dimaklumkan oleh badan kehakiman Iran menerusi laman webnya.



Tertuduh yang tidak dikenal pasti identitinya itu dikenakan hukuman mati oleh Mahkamah Tentera Teheran bagi kesalahan membakar bangunan kerajaan, mengganggu ketenteraman awam, berhimpun dan terlibat konspirasi mengancam keselamatan negara.



Selain itu, lima lagi penunjuk perasaan dihukum penjara antara lima hingga 10 tahun kerana berhimpun dan berkomplot melakukan jenayah yang boleh mengancam keselamatan negara, dan mengganggu ketenteraman awam.



Menurut laman web tersebut, kesemua yang disabitkan kesalahan boleh mengemukakan rayuan terhadap hukuman mereka.



Pada awal bulan ini, 272 dari 290 ahli politik Iran menuntut badan kehakiman menggunakan kaedah 'nyawa dibalas nyawa' iaitu prinsip keadilan balas terhadap mereka yang 'mencederakan orang ramai dan memusnahkan harta benda menggunakan senjata tajam serta senjata api'. - Agensi berita.




"Keadaan kini tenang dan siasatan sedang dijalankan untuk mencari penyerang."
- Encik Valiollah Hayati, Timbalan Gabenor Khuzestan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >