Subuh
5:48
Syuruk
7:05
Zuhur
1:10
Asar
4:16
Maghrib
7:14
Isyak
8:22

Sekolah di Perlis dan Kedah dibuka semula

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Dunia
28
0

Sekolah di Perlis dan Kedah dibuka semula

Mar 24, 2016 | 10:46 AM

PETALING JAYA: Sekolah di Perlis dan Kedah yang ditutup kerana panas terik dibuka semula pada Khamis (24 Mac) tetapi kegiatan luar darjah masih digantung.

Isnin lalu, Malaysia mengarahkan sekolah di dua negeri di utara itu ditutup pada Selasa dan Rabu disebabkan panas terik berterusan menyaksikan suhu melambung setinggi 39 darjah Celcius.

Ini kali pertama sekolah ditutup atas sebab itu.

Kementerian Pelajaran dalam satu kenyataan pada Rabu menyatakan semua sekolah di seluruh negara akan dibuka semula memandangkan suhu telah turun.

Ia berkata keputusan itu dibuat kerana suhu sepanjang 72 jam sebelum ini di bawah 38 darjah Celcius.

Kementerian itu juga mengeluarkan arahan agar semua sekolah mengambil langkah berjaga-jaga, seperti memastikan terdapat bekalan air minuman bersih mencukupi.

Jabatan Pelajaran Negeri dan Pejabat Pelajaran Daerah harus memantau semua sekolah bagi memastikan mereka mematuhi arahan itu, katanya. - The Star/Asia News Network

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3