SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Sektor ekonomi kritikal M'sia mula program imunisasi 16 Jun

Sektor ekonomi kritikal M'sia mula program imunisasi 16 Jun

Jun 11, 2021 | 5:30 AM

Sektor ekonomi kritikal M'sia mula program imunisasi 16 Jun

Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan
Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan -

PETALING JAYA: Fasa empat program imunisasi Covid-19 Malaysia yang menyasarkan sektor ekonomi kritikal akan bermula pada 16 Jun ini di Pengerang, Johor.

Menyatakan demikian, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan , Encik Khairy Jamaluddin, berkata antara sektor terlibat adalah perkilangan, logistik, pengangkutan, tenaga dan utiliti.

"Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang bekerjasama dengan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, dan agensi kerajaan lain untuk melaksanakan fasa empat bagi sektor ekonomi terbabit yang harus beroperasi semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)," katanya.

Beliau mengumumkan perkara itu dalam sidang akhbar bersama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba, kelmarin.

Encik Khairy menambah, kerajaan juga akan bekerjasama dengan ProtectHealth Sdn Bhd, pertubuhan tidak mengambil keuntungan di bawah Kementerian Kesihatan, untuk mentadbir proses vaksinasi bagi sektor industri itu untuk mempercepat pelaksanaan program imunisasi tersebut.

"Kami telah mengenal pasti kompleks Pengerang sebagai kawasan berisiko tinggi dan kami akan memulakan pusat vaksinasi industri kami buat pekerja di kompleks Petronas pada 16 Jun. Yang lain (vaksinasi industri) akan menyusul," katanya.

Beliau juga mengulas isu berkaitan sesetengah syarikat tertentu mengenakan bayaran bagi kos pentadbiran vaksin.

Encik Khairy berkata vaksinasi industri dibuat berdasarkan perkongsian awam-swasta di mana industri yang harus beroperasi semasa PKP ingin memvaksinasi pekerja mereka.

"Ini bermakna kerajaan menawarkan vaksin secara percuma sejajar dengan komitmen kami di bawah Program Imunisasi Covid-19 Nasional," jelasnya.

Namun, beliau menyatakan pihak industri akan menanggung kos pentadbiran vaksinasi, termasuk pembayaran yang dibuat kepada pertubuhan penjagaan kesihatan yang diatur ProtectHealth.

Ini termasuk bayaran bagi penyewaan premis dan perkhidmatan lain, tambahnya.

Sementara itu, kadar pemberian suntikan vaksin di seluruh Malaysia melepasi paras 150,000 dos buat hari kedua berturut-turut kelmarin.

Usaha yang dirintis kerajaan sejak kebelakangan ini dengan mewujudkan pusat pemberian vaksin mega, bergerak dan secara pandu lalu melakar kejayaan apabila berupaya melangkaui sasaran awal dengan kadar suntikan sebanyak 151,309 dos Selasa lalu.

Kejayaan itu sekali lagi direkodkan kelmarin apabila kadar pemberian suntikan vaksin ke seluruh negara, merangkumi dos pertama dan kedua ialah 154,866 iaitu peningkatan 2.35 peratus.

Perangkaan kumulatif dikeluarkan Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19. - The Star, BHM.

"Pasukan Petugas Imunisasi Covid-19 (CITF) sedang bekerjasama dengan kementerian seperti Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti), Kementerian Pengangkutan, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan, dan agensi kerajaan lain untuk melaksanakan fasa empat bagi sektor ekonomi terbabit yang harus beroperasi semasa PKP (Perintah Kawalan Pergerakan)." - Encik Khairy Jamaluddin, Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg