PORTAPIQUE (NOVA SCOTIA): Seorang lelaki di wilayah Nova Scotia, Canada telah membunuh 13 orang, termasuk seorang wanita pegawai polis dalam satu tembakan yang berlangsung selama 12 jam, kata pihak berkuasa semalam, dalam satu kes pembunuhan secara beramai paling teruk pernah berlaku sejak 30 tahun lalu.
Polis Diraja Canada (RCMP) berkata, lelaki berkenaan, Gabriel Wortman, 51 tahun, yang bekerja sebagai doktor gigi dilihat pada satu peringkat sedang memakai seragam polis. Keretanya juga telah diubahsuai untuk menyamar sebagai kereta polis.
Wortman telah menembak orang ramai di beberapa kawasan serta wilayah Atlantik itu, kata polis dalam satu persidangan sambil menambah bahawa jumlah kematian akibat tembakan itu melebihi 10 orang.
Cik Brenda Lucki, Pesuruhjaya RCMP juga berkata kepada media Canada, Wortman telah membunuh sekurang-kurangnya 13 orang.
Polis menambah, ia telah menamatkan ancaman Wortman, yang sudah mati, namun Polis enggan mengesahkan laporan dari media Canada berkaitan RCMP yang telah menembaknya. - Reuters.