PALEMBANG (Indonesia): Sekurang-kurangnya 25 orang maut dengan 14 lagi cedera setelah sebuah bas terbabas ke dalam gaung di Indonesia, menurut seorang penyelamat semalam.
Bas yang membawa puluhan penumpang itu meluru ke dalam gaung sedalam 150 meter di wilayah Sumatera Selatan sebelum tengah malam kelmarin dan terbabas masuk ke sungai, menurut jurucakap polis tempatan, Encik Dolly Gumara.