Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 10 orang terbunuh dan ramai lagi cedera dalam serangan bom bunuh diri di 3 geraja Indonesia

May 13, 2018 | 02:09 PM



JAKARTA: Serangan bom di tiga gereja di Surabaya, Indonesia, semasa sesi mass pagi tadi (13 Mei) telah meragut nyawa 10 orang dan menyebabkan ramai orang cedera.



Menurut polis tempatan, serangan itu dipercayai dijalankan oleh pengebom bunuh diri.



Serangan itu berlaku di Gereja Santa Maria di Ngagel Madya, Gereja Pentacostal Pusat Surabaya dan Gereja GKI Diponegoro, menurut akhbar The Straits Times.



Jurucakap polis Jawa Timur, Kolonel Frans Barung Mangera, memberitahu media bahawa 41 mangsa yang cedera akibat serangan itu telah dibawa ke hospital.



Sekurang-kurangnya dua daripada mereka yang cedera merupakan pegawai polis yang bertugas mengawal gereja tersebut.



Ketua polis Jawa Timur Machfud Arifin berkata siasatan awal mereka menunjukkan bahawa serangan itu dilakukan oleh pengebom bunuh diri yang menggunakan motosikal atau kereta.



Timbalan datuk bandar Surabaya, Encik Wisnu Sakti Buana, memberitahu radio tempatan bahawa polis telah berjaya mematahkan usaha seorang individu yang ingin menyerang satu lagi gereja, Cathedral Church.



Beberapa saksi dan penduduk tempatan dilaporkan berkata bahawa serangan bom itu berlaku sekitar 7 pagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >