Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 12 terkorban akibat gempa bumi di Lombok

Jul 29, 2018 | 02:37 PM



JAKARTA: Gempa bumi sekuat 6.4 pada skala Richter yang melanda Lombok, Indonesia, pagi tadi (29 Julai) telah meragut nyawa sekurang-kurangnya 12 orang dan menyebabkan banyak bangunan rosak, kata pihak berkuasa tempatan.



Gempa yang kuat itu melanda pada 6.47 pagi (waktu Lombok sama dengan waktu Singapura) ketika ramai orang masih tidur.



Gempa itu melanda sekitar 50 kilometer dari bandar utama Lombok, Mataram, yang jauh dari tempat tarikan pelancong di bahagian selatan dan barat pulau itu.



Pulau yang popular di kalangan pelancong itu juga terletak kira-kira 100 kilometer dari Bali.



Jurucakap agensi mitigasi bencana Indonesia, Encik Sutopo Purwo Nugroho, memuat naik beberapa gambar di laman Twitter yang menunjukkan bumbung dan tembok rumah runtuh.




Dampak gempa 6.4 SR di 28 km barat laut Lombok Timur kedalaman 10 km pada 29/7/2018 pukul 05.47 WIB, beberapa bangunan dan rumah mengalami kerusakan di Sambelia Lombok Timur. BPBD masih melakukan pendataan. pic.twitter.com/NaaDmgrr43


— Sutopo Purwo Nugroho (@Sutopo_PN) July 28, 2018


“Tumpuan kami sekarang ialah untuk memindahkan dan menyelamatkan orang,” ujarnya.



Gegaran daripada gempa bumi itu turut dirasa di Bali.



Dalam pada itu, ihak berkuasa juga telah menutup laluan mendaki Gunung Rinjani kerana bimbang berlakunya tanah runtuh ekoran gempa tersebut. - REUTERS, AFP




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >