Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 14 cedera apabila sebuah kereta merempuh pejalan kaki di CBD di Melbourne

Dec 21, 2017 | 04:30 PM



MELBOURNE - Sekurang-kurangnya 14 orang cedera apabila sebuah kereta melanggar sekumpulan pejalan kaki di kawasan perniagaan pusat (CBD) di Melbourne, Australia.



Sebuah kereta putih SUV 'merempuh beberapa pejalan kaki' di simpang Flinders dan Elizabeth Streets sebelum jam 5 petang (4 petang waktu Singapura), menurut laporan.



Seramai 13 orang dikejarkan ke hospital, menurut Ambulance Victoria dalam akaun Twitternya.



Mereka termasuk seorang anak kecil yang mempunyai kecederaan di kepala yang serius dan dikejarkan ke Royal Children Hospital.



Polis telah menangkap pemandu dan seorang lelaki kedua, menurut media Australia.



Bercakap di sidang akhbar, Komander Victoria Police, Encik Russell Barrett tidak menolak pengganasan sebagai salah satu motif.



Foto-foto dari kejadian itu menunjukkan beberapa orang yang terbaring di jalan raya berdekatan dengan SUV putih itu.



Sedozen kereta polis, ambulan dan kereta bomba dikejarkan ke tempat kejadian. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >