Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 2 maut dalam gempa kuat di New Zealand

Nov 14, 2016 | 08:43 AM



CHRISTCHURCH: Sekurang-kurangnya dua orang mati terbunuh, dengan lebih banyak kematian dikhuatiri berlaku, selepas gempa bumi sekuat 7.8 melanda New Zealand selepas tengah malam Ahad (13 Nov) waktu tempatan, dengan penduduk di kawasan pantai melarikan diri berikutan amaran tsunami.



Sedang subuh memecah hari (Isnin), tidak ada banyak maklumat dari banyak kampung di luar bandar di Pulau Selatan, yang terjejas oleh tanah runtuh dan hubungan telefon yang terputus dek gempa susulan kuat yang berterusan selama beberapa jam.



Perdana Menteri John Key mengesahkan dua orang meninggal dunia dan berkata "kita tidak boleh menolak" jumlah itu akan meningkat, hampir tujuh jam selepas gempa utama. Polis cuba pergi ke tempat kematian pertama di sebuah kediaman terpencil 150 kilometer ke utara Christchurch, manakala kematian kedua berlaku dalam rumah ladang bersejarah yang runtuh di sebuah kampung nelayan berhampiran di Kaikoura.



"Buat masa ini kami tidak dapat memberi butiran tepat apa yang menyebabkan kematian mereka," kata Encik Key, sambil menambah masalah komunikasi membuat maklumat sukar didapatkan.



Tidak lama selepas gempa kuat itu, semboyan amaran tsunami diaktifkan di bandar-bandar pantai di Pulau Selatan dan di sepanjang pantai timur Pulau Utara, dengan polis dan pekerja kecemasan pergi dari rumah ke rumah untuk memindahkan penduduk tepi pantai.



Kementerian pertahanan awam, yang bertanggungjawab bagi pengurusan kecemasan di New Zealand, pada mulanya memberi amaran "tsunami pemusnah" dengan ombak setinggi lima meter. Gelombang pertama diukur kira-kira dua meter tetapi empat jam kemudian, pihak berkuasa merendahkan amaran itu, walaupun risikonya kekal.



Gempa itu melanda pada 12.02 tengah malam Ahad (7.02 malam Ahad waktu Singapura) dan sedalam 23 kilometer, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS).



Pusat gempa itu berhampiran kampung pelancongan alpine Hanmer dan pekan luar bandar Cheviot di North Canterbury, Pulau Selatan.



Ia antara gempa paling kuat yang melanda New Zealand, menghidupkan kenangan pahit bagi penduduk di Christchurch, yang musnah lima tahun lalu oleh gegeran sekuat 6.3 yang mengorbankan 185 orang.



Gempa terbaru itu dirasai di sebahagian besar New Zealand, dengan gegaran utama diikuti oleh beberapa gempa susulan kuat. - AFP, Reuters




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >