Subuh
5:28
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
Dunia

Sekurang-kurangnya 25 maut dalam kemalangan bas Indonesia

Dec 24, 2019 | 01:58 PM

PALEMBANG: Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan 14 yang lain cedera selepas sebuah bas terbabas dalam gaung di Indonesia, menurut polis.

Bas tersebut terbabas ke dalam gaung sedalam 150 meter di wilayah Sumatra Selatan sebelum tengah malam semalam (23 Dis) dan tersadai di Sungai, kata jurucakap polis tempatan Dolly Gumara kepada AFP hari ini.

“Ia melanggar penghalang jalan konkrit sebelum jatuh ke dalam gaung. Ada yang masih terperangkap dalam bas,” kata Encik Gumara, sambil menambah tiada kenderaan lain yang terlibat.

Pasukan mencari dan menyelamat telah ditugaskan untuk mencari mangsa, kata Gumara, sambil menambah mangsa yang cedera dibawa ke hospital.

Kemalangan itu berlaku di kawasan terpencil dan curam berhampiran bandar Pagar Alam, menyukarkan usaha untuk menyelamatkan mangsa.

Bas serantau tersebut meninggalkan wilayah Bengkulu menuju Pagar Alam dengan hanya 27 penumpang namun beberapa penumpang yang terselamat memberitahu polis terdapat lebih 50 orang dalam bas tersebut semasa kemalangan berlaku.

“Ada penumpang yang telah menaiki bas itu dalam perjalanan jadi ada kemungkinan ada penumpang lain yang masih hilang dalam sungai,” kata Encik Gumara, dan menambah bahawa punca kemalangan masih disiasat.- AFP 

Video Baru

Podcast Baru

Ciri baru

Alat terjemah Berita Harian