Sekurang-kurangnya 26 maut dalam gempa bumi di Aceh

JAKARTA: Sekurang-kurangnya 26 orang terbunuh dan ramai cedera selepas gempa bumi kuat melanda luar wilayah Aceh di Sumatera Rabu (7 Dis), kata pegawai.

Angka korban dijangka bertambah kerana ada mangsa dikhuaturi terperangkap dalam runtuhan akibat gempa cetek sekuat 6.5 pada skala Richter itu.

Ia melanda di utara bandar kecil Reuleuet pada 5.03 pagi waktu tempatan (6.03 pagi waktu Singapura), kata Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS). Tiada amaran tsunami dikeluarkan.

Agensi berita Xinhua memetik Heni, seorang pegawai akhbar di agensi bencana wilayah, berkata empat orang terbunuh.

"Empat orang terbunuh di daerah Pidie dan seorang cedera," Heni memberitahu Xinhua melalui telefon.

Gempa itu berlaku sedang penduduk bersiap untuk solat subuh, kata pegawai tempatan.

Pegawai daerah Apriadi Achmad berkata seorang korban tua mungkin meninggal dunia akibat serangan jantung.

Terdapat kebimbangan berpuluh-puluh orang terperangkap di dalam rumah runtuh, tambah Achmad.

"Beberapa rumah kedai dan rumah runtuh di daerah Pidie Jaya dan pemilik masih terperangkap di sana," ujar Achmad, ketua pejabat pengurusan bencana tempatan.

"Kami sedang menggerakkan mesin berat untuk membantu, dan berharap dapat menyelamatkan orang-orang terperangkap," katanya.

Gempa itu dirasai di banyak tempat di seluruh Aceh, yang hancur dilanda tsunami Lautan Hindi pada 2004, kata Cik Eridawati, ketua tempatan Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik.

Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) Indonesia berkata beberapa bangunan musnah akibat gempa itu dan usaha merawat mangsa sedang dijalankan.

"Beberapa rumah dan rumah kedai di Pidie Jaya runtuh, ada penduduk cedera, usaha sedang dijalankan untuk menangani kesan gempa bumi itu," kata Dr Sutopo Purwo Nugroho, ketua Bahagian Maklumat dan Data BNPB.

Di bandar Sigli, orang panik dan melarikan diri dari rumah mereka untuk mencari perlindungan daripada laut.

"Kami sedang pindah ke Tijue (sekitar tiga kilometer dari Sigli) kerana kami takut tsunami," kata Nilawati, yang rumahnya berhampiran laut.

Sekurang-kurangnya lima gegaran susulan menyusuli gempa itu, berkata Eridawati. - AFP

Waktu Solat

Subuh
5:27
Syuruk
6:47
Zuhur
12:50
Asar
4:09
Maghrib
6:51
Isyak
8:02
3 HR PSI: 40
27°/ 24 °
Tuesday - Thundery showers mainly over northern and eastern Singapore in the afternoon.
Wednesday - Late morning and early afternoon thundery showers.
Thursday - Afternoon thundery showers.