Subuh
5:41
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 3 terkorban selepas trak merempuh orang ramai di Sweden

Apr 07, 2017 | 10:30 PM



STOCKHOLM: Sebuah trak telah merempuh orang ramai di sebuah jalan raya di pusat ibu kota Sweden sebentar tadi, mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh dan ramai yang lain cedera.



Polis telah menyifatkan insiden tersebut kemungkinan sebagai serangan pengganas, kata media Sweden.



Seorang saksi memberitahu agensi berita Reuters bahawa beberapa mayat yang ditutup kelihatan di tempat kejadian.



Trak tersebut dikatakan telah merempuh sebuah pusat membeli-belah, kata seorang lagi saksi.



Pemandu trak itu pula dilaporkan berjaya meloloskan diri.



"Sebuah kenderaan telah mencederakan orang ramai di Drottningatan," kata jurucakap polis Towe Hagg.



Polis juga berkata mereka telah menerima maklumat mengenai beberapa tembakan tetapi maklumat tersebut tidak dapat disahkan.



Pihak polis menggesa orang ramai supaya tidak mengunjungi pusat bandar sedang khidmat kereta api bawah tanah ditutup, lapor berita agensi TT.



Kejadian tersebut berlaku sekitar 9 malam waktu Singapura di sebuah sudut pusat membeli-belah Ahlens, yang terletak di laluan pejalan kaki terbesar bandar ini. 



Seorang saksi yang dikenali hanya sebagai Anna, memberitahu berita tempatan Aftonbladet bahawa beliau melihat "ratusan" orang lari menyelamat diri.



“Saya nampak ratusan orang lari, mereka lari menyelamatkan diri, Saya juga pusing dan lari," katanya. - Reuters, AFP



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >