SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Lebih 50 terbunuh dalam nahas kereta api Taiwan

Lebih 50 terbunuh dalam nahas kereta api Taiwan

Apr 2, 2021 | 1:35 PM

Lebih 50 terbunuh dalam nahas kereta api Taiwan

TERGELINCIR DALAM TEROWONG: Sebuah kereta api yang membawa 350 penumpang tergelincir dalam satu terowong di Taiwan pada Jumaat (2 April).
TERGELINCIR DALAM TEROWONG: Sebuah kereta api yang membawa 350 penumpang tergelincir dalam satu terowong di Taiwan pada Jumaat (2 April). - - Foto FACEBOOK

TAIPEI: Sebuah kereta api telah tergelincir di bahagian timur Taiwan pada Jumaat (2 April), membunuh sekurang-kurangnya 51 nyawa dan mencederakan 156 yang lain.

Kereta api itu, yang menuju ke Taitung, tergelincir dalam satu terowong di utara Hualien, menyebabkan beberapa gerabak untuk merempuh dinding terowong tersebut, kata pihak bomba dalam satu kenyataan.

Kejadian itu dipercayai antara nahas kereta api terburuk di pulau itu dalam masa empat dekad.

Lebih 72 orang tercedera, dengan sekitar 60 orang telah dibawa ke hospital.

Kereta api itu dikatakan membawa hampir 500 penumpang, lebih tinggi daripada 350 yang dilaporkan sebelum ini. - Reuters

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg