Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 46 maut di Indonesia dalam gempa di Jawa Barat

Nov 21, 2022 | 08:06 PM



CIANJUR (Indonesia): Satu gempa bumi berukuran 5.6 magnitud telah mengorbankan sekurang-kurangnya 46 orang dan mencederakan ratusan lain sedang ia turut merosakkan bangunan dan mencetuskan tanah runtuh di pulau utama Indonesia di Jawa pada Isnin.(21 Nov)


Gempa yang berlaku sekitar tengah hari itu berpusat di wilayah Cianjur di Jawa Barat, menurut Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS), dan dirasakan sejauh ibu kota Jakarta, dengan penduduk bandar itu panik berlari ke jalan raya.


“Data terkini, 46 orang terbunuh. Mangsa terus dibawa dari banyak kawasan. Kira-kira 700 orang cedera,” kata Encik Herman Suherman, ketua pentadbiran tempatan Cianjur, memberitahu penyiar Kompas TV.


Majoriti kematian dikira di sebuah hospital, katanya, dengan kebanyakan mangsa terbunuh apabila bangunan runtuh.


Beliau berkata hospital Sayang di bandar itu tidak mempunyai bekalan elektrik selepas gempa bumi, menyebabkan doktor tidak dapat membedah mangsa.


Penduduk tempatan bergegas membawa mangsa ke hospital menaiki trak pikap dan motosikal, menurut rakaman yang diperoleh AFP.


Mereka diletakkan di depan hospital itu sedang penduduk menghamparkan kain tarpaulin di atas jalan bagi diletakkan mayat.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >