Subuh
5:49
Syuruk
7:06
Zuhur
1:11
Asar
4:15
Maghrib
7:14
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya 8 terbunuh dalam tembakan di Hanau, Jerman

Feb 20, 2020 | 10:32 AM



BERLIN: Sekurang-kurangnya lapan orang terbunuh dan beberapa lagi cedera selepas berlakunya tembakan di beberapa lokasi pada malam Rabu (19 Feb) di bandar Hanau di tengah Jerman, dekat Frankfurt, kata polis.



Pihak berkuasa berkata mereka sedang mencari beberapa suspek.



Penyiar awam tempatan, Hessischer Rundfunk, melaporkan suspek melepaskan tembakan di sebuah bar shisha di tengah bandar itu, membunuh tiga orang, dan kemudian memandu ke bar shisha di kejiranan yang lain, di mana mereka melepaskan tembakan lagi, membunuh lima orang.



Selain mereka yang terbunuh, beberapa orang cedera di setiap lokasi, kata penyiar itu.



Polis berkata suspek melarikan diri dari tempat kejadian dalam "sebuah kereta berwarna gelap" dan pihak berkuasa sedang mencari mereka dengan tindak balas besar-besaran, termasuk menggunakan helikopter.



Polis tidak mempunyai maklumat segera tentang tujuan tembakan itu dan meminta penduduk mengongsi maklumat. - Agensi Berita




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >