KAHIRAH: Sekurang-kurangnya sembilan orang terbunuh dalam hari pertama rakyat Mesir keluar mengundi bagi satu perlembagaan baru semalam.
Ini ekoran pertempuran antara pihak polis dan penyokong Ikhwanul Muslimin di beberapa kawasan di negara Arab paling ramai penduduk itu.
Menurut kenyataan Kementerian Kesihatan Mesir semalam, pertempuran tersebut menyebabkan sekurang-kurangnya empat orang terbunuh di Sohag, empat di Giza dan seorang lagi di Beni Soueif.
Manakala 28 yang lain cedera.
Satu kenyataan berasingan Jawatankuasa Pilihan Raya Agung pula berkata insiden-insiden tersebut bagaimanapun tidak menjejas hari pertama undian dan proses pungutan suara.
Namun, sekitar 250 orang diberkas, termasuk beberapa anggota Ikhwanul Muslimin, kerana dituduh mengganggu proses undian di beberapa kawasan.
Undian diteruskan pada hari kedua hari ini dan dijangka ditutup jam 9 malam nanti (3 pagi esok waktu Singapura). - AFP.