Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

13 orang terperangkap di gua Thai

Sekurang-kurangnya enam budak lelaki diselamatkan dari gua Thai, misi menyelamat diteruskan

Jul 08, 2018 | 08:48 PM



CHIANG RAI (Thailand) Sekurang-kurangnya enam budak lelaki telah diselamatkan dari gua Thai yang dipenuhi air pada Ahad (8 Julai)  dengan dua budak lelaki pertama selamat dikejarkan ke hospital.



Wadah berita Thai Khaosod melaporkan bahawa budak lelaki pertama dikeluarkan pdaa 5.37 petang (6.37 petang waktu Singapura) dan budakk lelaki kedua diselamatkan pada 5.50 petang.



Stesen televisyen Thai Spring News pula melaporkan tiga budak lelaki telah diselamatkan.



Pegawai Kementerian Pertahanan Thailand memberitahu media bahawa empat lagi budak lelaki, menyusuli dua budak lelaki pertama, telah diselamatkan dari perut gua Tham Luang, sekitar 7.30 malam.



Akhbar Thai Bangkok Post berkata budak-budak itu dan jurulatih mereka akan dirawat di Hospital Chiangrai Prachanukroh selama 24 jam sebelum dibenar bertemu keluarga mereka.



Keluarga mereka hanya dibenar mengunjungi mereka selepas pemeriksaan perubatan dilengkapkan dalam sekitar 48 jam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >