Subuh
5:42
Syuruk
7:00
Zuhur
1:05
Asar
4:20
Maghrib
7:09
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya seorang pelajar terkorban akibat gempa bumi sekuat 6.6 magnitud di selatan Filipina

Oct 29, 2019 | 12:23 PM



MANILA - Gempa bumi sekuat 6.6 magnitud melanda selatan Filipina awal hari ini (29 Oktober), menyebabkan seorang remaja lelaki yang cuba melarikan diri dari bilik darjah terkorban.



Kejadian itu juga menyebabkan bangunan runtuh dan mencederakan ramai orang di kawasan itu.



Orang ramai lari ke jalan raya setelah gegaran dirasakan, yang melanda pulau Mindanao, di mana sekolah dan pejabat beroperasi.



Kawasan yang sama dilanda gegaran yang lebih kuat awal bulan ini, menurut Tinjauan Geologikal Amerika Syarikat (USGS), dan menambah bahawa tiada ancaman tsunami.



Seorang remaja lelaki dihimpit oleh tembok yang terjatuh ketika beliau ingin lari dari sekolahnya di Magsaysay, lapor AFP.



Walaupun pelajar lain tercedera akibat rempuhan apabila ingin melarikan diri, mereka terselamat.



Pihak berkuasa berkata mereka menerima laporan tentang orang hilang, tapi masih dalam proses untuk memastikannya.



Pasukan penyelamat telah pun menilai kerosakan kawasan itu, di mana elektrik dan khidmat telefon terjejas akibat gempa bumi.- AFP

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >