Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh dalam letupan di gereja di selatan Filipina

Jan 27, 2019 | 02:56 PM



MANILA: Sekurang-kurangnya tujuh terbunuh selepas dua bom dilaporkan meletup di sebuah gereja di selatan Filipina yang menjadi kubu kuat militan Islam, kata tentera hari ini (27 Jan) selepas beberapa hari proses pungutan suara menuntut wilayah autonomi Islam.



Jurucakap tentera, Leftenan Kolonel Gerry Besana memberitahu AFP, letupan pertama berlaku dalam gereja Katholik di Jolo semasa penganut Kristian sedang berkumpul pagi tadi, manakala letupan kedua berlaku ketika tentera sedang bertindak balas terhadap letupan pertama.



Tambahnya, lima tentera dan dua orang awam antara terbunuh manakala 71 yang lain cedera.



“Sudah pasti motifnya...pengganas. Mereka ini tidak mahukan keamanan. Sungguh menyedihkan kerana ia berlaku semasa undang-undang ke atas Bangsamoro sedang diratifikasikan,” kata Leftenan Kolonel Besana.



Kumpulan Pengesanan dan Penyiasatan Jenayah PNP (CIDG) sebelum ini berkata, dua alat letupan (IEDs) yang digunakan untuk mengebom gereja itu. Menurut polis, satu IED meletup di dalam gereja, dan satu lagi di pintu masuk.



Ketua Komando Barat Mindanao tentera Filipina, Mnel dela Vega, berkata suspek utama di sebalik pengeboman masih kumpulan pengganas Abu Sayyaf. Beliau berkata, ini berdasarkan kepada ancaman terdahulu.



Minggu lalu, ribuan pengundi sebulat suara meluluskan rantau pentadbiran baharu Islam di selatan Filipina, diharapkan membawa perdamaian selepas berdekad pertempuran yang meragut ribuan nyawa dan menjerumuskannya ke dalam kancah kemiskinan. - Agensi




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >