Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

PERANG DI UKRAINE

AS, sekutu Barat laksana sekatan 'perbankan' ke atas Russia

Langkah pulaukan bank Russia dari sistem kewangan dunia; mata wang Russia dijangka terus merosot 'dengan banyak'
Feb 28, 2022 | 05:30 AM



WASHINGTON: Amerika Syarikat dan sekutu Barat berusaha melumpuhkan sektor perbankan dan mata wang Russia dengan set sekatan luar biasa yang bertujuan menghukum pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.



Mengambil langkah yang belum pernah berlaku sebelum ini terhadap negara sebesar Russia, pihak sekutu memotong sebilangan bank terpilih daripada sistem Swift, menjadikan bank Russia itu terasing dari seluruh dunia.



Sekatan itu juga akan menjejas keupayaan bank pusat Russia menggunakan rizab untuk menyokong mata wang negara itu, ruble, yang sudah pun banyak merosot, ujar seorang pegawai kanan Amerika sambil menambah, dengan sekatan itu itu mata wang itu akan "jatuh lagi dengan banyak".



Pihak sekutu juga memberi amaran bahawa satu pasukan petugas akan 'memburu' "kapal layar, jet, kereta mewah dan rumah mewah" yang dimiliki di seluruh dunia oleh hartawan yang rapat dengan Presiden Russia, Encik Vladimir Putin.



Langkah itu disokong Amerika, Canada, Suruhanjaya Eropah, Britain, Perancis, Jerman dan Italy.



Tindakan itu jauh melebihi apa yang pernah dikenakan terhadap Russia dalam tempoh dua dekad Encik Putin memegang kuasa. Sekatan itu dibuat sedang tentera Russia meningkatkan serangan berdarah terhadap Kyiv dan beberapa bandar Ukraine lain.



Encik Putin berkata pencerobohan itu bertujuan memulihkan kawalan ke atas negara yang telah lama dikuasai Russia tetapi kini mahu menyertai institusi Barat.



Kumpulan kuasa Barat itu berkata dalam satu kenyataan bahawa ia "mahu terus mengenakan kos ke atas Russia dan akan mengasingkan Russia daripada sistem kewangan antarabangsa dan ekonomi kami."



"Kami berdiri bersama rakyat Ukraine dalam masa gelap ini. Malah di luar langkah yang kami umumkan ini, kami bersedia mengambil langkah selanjutnya untuk mempertanggungjawabkan Russia atas serangannya ke atas Ukraine," kata kenyataan itu.



Awal minggu ini, negara Barat mengenakan sekatan awal, termasuk secara peribadi terhadap Encik Putin dan menteri luarnya, Encik Sergei Lavrov.



Mereka juga menyasarkan bank terbesar Russia dan telah menghentikan saluran paip eksport baru Russia, yang dikenali sebagai Nord Stream 2.



Seorang pegawai kanan Amerika berkata pasaran saham Moscow telah mengalami minggu terburuk dalam rekod dengan ruble pula berada pada paras terendah dalam sejarah berbanding dolar.



Terputus daripada Swift, bank Russia tidak akan dapat menjalankan urus niaga tanpa kembali ke masa lalu dan menggunakan mesin faks atau telefon dalam setiap keadaan - sekali gus menghentikan perdagangan mereka di luar Russia.



Buat masa ini langkah pemotongan Swift itu hanya meliputi sebahagian rangkaian perbankan Russia tetapi boleh diperluaskan, kata jurucakap Jerman dalam satu kenyataan. - AFP.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >