Sekutu Biden di Kongres mahu tindakan lebih tegas atas Saudi, Berita Dunia - BeritaHarian.sg
Subuh
5:43
Syuruk
7:01
Zuhur
1:06
Asar
4:19
Maghrib
7:11
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Dunia0

Sekutu Biden di Kongres mahu tindakan lebih tegas atas Saudi

Apr 08, 2021 | 05:30 AM

WASHINGTON: Apabila Encik Joe Biden berikrar semasa kempennya untuk menjadikan Arab Saudi sebuah negara 'pariah' sekiranya beliau menjadi Presiden, ahli kongres Demokrat yang sejak berbulan-bulan menggesa sekatan dilaksanakan ke atas pemerintah itu kerana tindakan keras dan sikap melampaunya, menghembuskan nafas lega.

Bagaimanapun, tiga bulan selepas memimpin pentadbirannya, sekutunya di Kongres yang menggesa Encik Biden dan pasukannya untuk mengambil tindakan lebih tegas ke atas negara berkenaan, prihatin terhadap pendekatan Rumah Putih yang menyesuaikan semula hubungan Amerika-Saudi, kerana didapati tidak cukup tegas.

Di bawah pentadbiran Presiden Donald Trump, pengubal undang-undang dari kedua-dua parti sepadu dalam menzahirkan sikap yang lebih berkobar.

Ini disebabkan rasa marah mereka melihat malapetaka kemanusiaan yang buruk di Yemen; pembunuhan kejam wartawan asal Saudi, Allahyarham Jamal Khashoggi dan, sikap tidak peduli Encik Trump ke atas semua itu, pengundi Republikan dan Demokrat mengundi bagi menghentikan bantuan ketenteraan ke atas Saudi.

Ramai Demokrat mahu Encik Biden bertindak lebih agresif, tanpa peduli tindakan yang perlu dilakukan Kongres. Namun, mereka terus mendesak tindakan lebih keras dan pemikiran semula Amerika terhadap Saudi.

Berita Popular

"Saya tidak rasa mereka mengerti sepenuhnya dengan peralihan besar yang berlaku tentang apa yang dimahukan ahli Kongres dari kedua-dua parti dalam kerangka hubungan Amerika-Saudi," kata wakil Demokrat California, Encik Ro Khanna, yang lantang tentang isu ini.

"Mereka masih terperangkap dalam paradika lapuk di mana mereka tidak sedia untuk mengambil langkah pembetulan, berkesan, dan saya tidak faham apakah kekangannya."

Awal bulan lalu, Amerika mendesak Arab Saudi mengambil tindakan lanjut berhubung pembunuhan wartawan Allahyarham Khashoggi selepas Washington berdepan kritikan hebat kerana tidak mengaitkan secara jelas pembabitan Putera Mahkota Arab Saudi dalam kes itu.

Presiden Biden menyatakan ketika itu, laporan perisikan menunjukkan Putera Mahkota Mohammed bin Salman meluluskan operasi di Istanbul, Turkey untuk menangkap dan membunuh Allahyarham Khashoggi pada 2018.

Allahyarham Khashoggi, pengkritik tegas Putera Mohammed, ditawarkan ke konsulat Arab Saudi di Istanbul pada Oktober 2018 dan dibunuh oleh pasukan Arab Saudi.

Laporan yang dibuat ketika pemerintahan Encik Trump yang juga sekutu Arab Saudi, mendapati tujuh daripada 15 anggota skuad yang terbabit dalam pembunuhan itu mempunyai kaitan dan mendapat arahan daripada Putera Mahkota berkenaan.

Selain itu, konflik di Yemen yang menyaksikan Saudi dan sekutu cuba menumbangkan pemberontak Houthi, telah meragut puluhan ribu nyawa dan jutaan orang kehilangan tempat tinggal, menurut organisasi antarabangsa hingga mencetuskan apa yang disebut Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) sebagai krisis kemanusiaan terburuk di dunia.

Kegagalan mempertahan Marib menjadi tamparan besar bagi Kerajaan Yaman yang mendapat sokongan Saudi, selain mengundang bencana terhadap orang awam, termasuk sekurang-kurangnya sejuta orang terlantar yang berlindung di rantau itu, kebanyakannya di kem terpencil di padang pasir berhampiran. - Agensi berita.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Bahasa Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map