SUSULAN INSIDEN TEMBAKAN DI SEKOLAH MENENGAH DI FLORIDA

Selebriti Hollywood derma kepada perarakan pelajar sokong undang-undang senjata lebih ketat

George Clooney, Oprah Winfrey, Steven Spielberg masing-masing ikrar derma AS$500,000 setiap seorang

LOS ANGELES: Tiga selebriti terkenal Hollywood - Oprah Winfrey, George Clooney dan Steven Spielberg - berkata kelmarin mereka mendermakan AS$500,000 ($659,488) setiap seorang kepada perhimpunan 'March for Our Lives' (Perarakan Bagi Nyawa Kami) di Washington, bagi menyokong kawalan senjata api susuli tembakan rambang di sebuah sekolah menengah Florida yang membunuh 17 orang.

Clooney dan isterinya, peguam hak asasi manusia Amal Clooney, yang pertama membuat ikrar kewangan itu, juga berkata mereka akan berarak bersama pelajar penganjur perarakan pada 24 Mac itu.

Pakej Tablet BH yang BARU
Dapatkan tablet Samsung (bernilai $398) percuma dengan langganan 2 tahun
Hanya $19.90*sebulan