Subuh
5:41
Syuruk
6:59
Zuhur
1:05
Asar
4:21
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Dunia
28
0

TAUFAN MANGKHUT LANDA ASIA

Selepas 'amuk' di Filipina, Taufan Mangkhut tuju HK, China pula

Sep 17, 2018 | 05:30 AM



HONGKONG/SHENZHEN: Seluruh bandar pesisir pantai di selatan China bersiap siaga bagi berdepan Taufan Mangkhut yang dijangka melalui negara itu minggu ini.



Pihak berkuasa Hongkong pula mula membantu memindahkan penduduk setempat yang tinggal di kawasan tanah rendah sebagai persiapan dilanda Taufan Mangkhut yang menuju dari Filipina.



Usaha pihak berkuasa itu sebagai langkah berjaga-jaga berhadapan kemungkinan terburuk akibat ancaman taufan itu.



Mangkhut melanda bahagian utara Pulau Luzon sepanjang malam semalam dengan menerbangkan bumbung rumah dan menumbangkan pokok-pokok sekali gus memusnahkan sebahagian kediaman wilayah yang didiami sekitar 10 juta penduduk itu.



Mangkhut, yang juga dipanggil 'ompong' dalam bahasa tempatan, membadai wilayah Cagayan pada Sabtu dengan membawa bersama angin kencang sehingga 270 kilometer sejam.



Ia dianggap taufan paling kuat pernah melanda Filipina sejak Haiyan pada 2013, yang membunuh hampir 7,000 orang.



Dua anggota pasukan penyelamat terbunuh, ketika cuba membebaskan mangsa terperangkap dalam satu insiden tanah runtuh di kawasan pergunungan wilayah Cordillera, kata ketua agensi bencana negara itu, Ricardo Jalad.



Selepas ribut kuat tersebut meninggalkan kepulauan Asia Tenggara dan menuju ke kawasan pendudukan tinggi di Hongkong dan selatan China, pasukan mencari dan penyelamat Filipina mula meneliti wilayah yang teruk terjejas.



"Kami percaya ia menyebabkan kerosakan yang teruk," kata Setiausaha Kebajikan Sosial, Virginia Orogo, selepas ribuan penduduk dipindahkan ke pusat perlindungan kecemasan.



Ribuan penduduk telah berpindah di kawasan pantai di pulau Luzon di Filipina, lokasi taufan itu dijangka membadai awal Sabtu.



"Kami amat takut. Mereka berkata taufan ini amat kuat. Kami amat takut untuk terus kekal di sini.



"Pada musim tengkujuh lalu, sebahagian rumah kami musnah. Saya terpaksa membawa cucu saya ke tempat selamat," kata seorang penduduk, Delaila Pasion.



Sekolah ditutup dan sebahagian peladang mula menuai jagung dan padi lebih awal bagi mengelakkan ia dirosakkan banjir.



Purata 20 taufan dan ribut melanda Filipina setiap tahun, mengorbankan ratusan penduduk dan jutaan lagi dalam kemiskinan.



Amaran Pusat Meteorologi China menyebut taufan itu akan melanda pantai wilayah Guangdong pada petang semalam atau malamnya, diikuti angin kencang dan hujan lebat.



Di wilayah Fujian, 51,000 penduduk sudah pun dipindahkan manakala lebih 1,000 kapal kembali ke pelabuhan sejak Sabtu.



Jabatan Meteorologi Hongkong meramalkan ribut akan melanda bandar itu pada bila-bila masa dengan kekuatannya semakin melemah menjelang lewat malam.



Laporan media tempatan menyebut apabila melepasi Hongkong, Mangkhut diramal menjadi taufan paling kuat melanda bandar raya itu sejak 1962 dengan membawa bersama kekuatan angin sederas 250 kilometer sejam.



Menteri Keselamatan John Lee Ka-Chiu awal-awal lagi memberi amaran kepada penduduk tempatan supaya bersiap menghadapi kemungkinan terburuk akibat Taufan Mangkhut.



Di Taiwan, seorang wanita dilaporkan dihanyutkan ombak besar yang disebabkan oleh taufan tersebut, kata pihak berkuasa.



"Antara taufan yang melanda tahun ini, ia (Mangkhut) adalah yang paling kuat. Ini merupakan kekejaman taufan dengan membawa angin paling kencang," kata ahli kaji cuaca daripada Agensi Meteorologi Jepun, Hiroshi Ishihara, kepada agensi berita AFP kelmarin.



Pusat Peringatan Taufan Bersama Hawaii yang berpangkalan di kepulauan Pasifik itu meletakkan Mangkhut sebagai taufan luar biasa.



Angin kencang yang dibawa Mangkhut bersamaan dengan badai Atlantik.



Banjir, tanah runtuh dan angin kencang dibawa taufan itu menjadi kebimbangan utama ketika pihak berkuasa menyediakan peralatan untuk operasi menyelamat dan bantuan. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >